21 Feb 2009, 8.45 pm - Perlawanan di Villa Park Birmingham ini aku anggap menarik di atas beberapa faktor. Faktor utamanya aku rasa sudah pasti disebabkan oleh Gus Hiddink, pengurus baru Chelsea setelah menyingkirkan Luis Felipe Scolari. Guus Hiddink ditaruh harapan yang besar untuk merubah nasib Chelsea oleh peminat dan apa tah lagi oleh pemilik kelab tersebut Roman Abramovich yang juga merupakan bilionair Russia. Apa yang menarik ialah kesanggupan Abramovich untuk memancing Hiddink yang pada ketika ini masih lagi menjadi jurulatih Russia.
Perlawanan malam ini adalah perlawanan sulung Chelsea di bawah kendaliannya dalam liga EPL. Chelsea yang kian terdesak apabila menduduki ditempat keempat di belakang Aston Villa. Aston Villa sudah pasti akan bermati-matian mempertahankan kedudukan ketiganya bagi membolehkannya layak memasuki liga juara-juara secara automatik. Jika ini berlaku, maka dua kelab gergasi Inggeris Chelsea dan Arsenal akan berlumba-lumba mendapatkan tiket terakhir untuk ke pertandingan tersebut melalui pusingan kelayakan.
Chelsea sebelum ini menyingkirkan empat jurulatihnya - Claudio Ranieri, Jose Mourinho, Avram Grant dan Luiz Felipe Scolari - semuanya memiliki rekod cemerlang dalam karier jurulatih tetapi gagal memenuhi harapan pemilik kelab, Roman Abramovich.
Hiddink bukan calang-calang jurulatih. Reputasinya yang sentiasa mampu mambawa pasukan negara melayakkan diri melepasi pusingan pertama kejohanan besar seperi Piala Dunia dan Euro amat membanggakan sekali. Di Korea Selatan namanya memang hebat sewaktu kejohanan Piala Dunia 2002 (31 Mei - 30 Jun) yang berlangsung di Jepun dan Korea Selatan. Pada tahun tersebut Brazil dengan 3Rnya di bawah kendalian Luiz Felipe Scolari memenangi piala tersebut. Dalam Piala Dunia berikutnya pada tahun 2006 di German (9 Jun - 9 Julai), Hiddink berjaya membawa pasukan Australia buat pertama kalinya ke pusingan 16 pasukan terbaik. Russia pula sewaktu Euro2008 mendapat bimbingannya sehingga mengalahkan Turki dalam perlawanan penentuan tempat ketiga. Namun perlu diingat bahawa mengendalikan sebuah pasukan negara agak berbeza dengan mengendalikan pasukan kelab. Tunggu dan lihat sama ada sentuhan ajaibnya masih berfungsi di Chelsea atau dia akan mengikuti jejak 4 nama besar sebelumnya di Chelsea....
No comments:
Post a Comment