Sunday, February 8, 2009

EPL: 8 Feb 2009

Chelsea mencicirkan 2 mata sewaktu menentang Hull City apabila seri tanpa sebarang jaringn. Sekarang ni Liverpool sedang bertemu dengan Portsmouth di gelangang lawan. Sekiranya Pool mahu terus bersaing untuk merebut kejuaraan liga, kemenangan adalah perkara wajib. Liverpool dibimbangi tidak memenangi sebarang piala pada musim ini apabila terkeluar saripada pesaingan Piala FA setelah tewas di Goodison Park menentang Everton.
Apa yang menarik ialah penyerang Portsmouth, Peter Crouch dan penjaga golnya David James dulu pernah mewakili Liverpool. Mampukah kedua-dua mereka ini membantu pasukan baru mereka menewaskan bekas pasukannya?
Satu lagi yang menarik ialah menegnai nama pemain Liverpool iaitu Ngog dan Babel - nasib baik bukan Ngok dan Bebal!
Akhirnya Liverpool berjaya menewaskan Portsmouth 3-2 setelah ketinggalan dua kali. Peter Crouch melakukan kesilapan apabila menghantar bola kepada penjaga gol sedangkan pemain Liverpool Kuyt berada berdekatan. Ini menyebabkan Liverpool mendapat tendangan percuma di dalam petak penalti dan terhasillah gol pertama Liverpool.

No comments: