Menjaga kebersihan adalah sesuatu yang dituntut apatah lagi jika ia melibatkan kebersihan di bahagian organ dalaman. Bayangkan seharian kita menyedut asap kenderaan, debu yang berterbangan dan asap rokok. Tu tak kira lagi dengan semburan ridsect, asap ubat nyamuk dll. Lepas tu sumbat lak dengan makanan berkolesterol tinggi. Dan yang pasti air memang keperluan asas kehidupan. Tanpa air kita semua tak boleh hidup. Tanpa kehadiran air kalau kita bersentuh dengan anjing maka tidak najis!
Air yang masuk ke dalam tubuh badan kita melalui pelbagai cara - minum, kuah, nasi, aiskrim dan lain-lain. Tak kira apa rupa air yang mauk ke dalam badan kita, maka buah pinggang tetap bekerja keras menapisnya dan menukarkannya kepada cecair yang tanpa warna atau kekuningan. Penat dia kerja. Ada dua buah pinggang aje. Bertahun-tahun dia bekerja, so kalau kita boleh bagi dia releks sikit lagi elok. Sumber air kat rumah kita ni memang tidak menentu tahap kebersihannya. Mungkin memang kurang bersih waktu datang dari loji penapis air atau mungkin akibat paip air kat rumah kita yang berkarat.
Oleh itu, untuk menanti bilakah air dijamin jernih keluar dari paip kita memang sukar. Marilah kita keluarkan sedikit belanja untuk memasang water filter kat rumah. Sekurang-kurangnya digunakan untuk memasak - sama ada memasak air, lauk-pauk mahupun nasi. Beli yang murah pun OK asalkan air yang keluar jernih.
Lihat apa dah jadi pada penapis air di sebelah kanan. Bayangkan kalau ia masuk ke dalam badan kita.
P/S janganlah pulak sangka aku ni penjual water filter!
No comments:
Post a Comment