Pagi Khamis semalam aku sempat tengok game MU menentang Fulham. MU menang 3-0 dan dengan ini jaraknya dengan penghuni tangga kedua Liverpool menjadi kepada 5 mata. Di samping itu, apa yang bestnya ialah rata-rata pemain regularnya yang tercedera dah sembuh. Semalam kelibat Rio Ferdinand, Patrick Evra dan Wayne Rooney dapat dilihat semula.
Kalau ikut atas kertas, memang tak ada masalah buat MU untuk menumbangkan Fulham. Fulham, pasukan yang dimiliki Al-Fayed (bapa kekasih Lady Diana) sememangnya tidak pernah menewaskan MU.
Di sebalik kemenangan 3-0 ini, terdapat beberapa fakta menarik. Gol pertama telah dijaringkan oleh Paul Scholes. Memang cantik gol tu. Scholes ni salah satu peranan dia ialah menjaringkan gol dari jarak jauh kerana dia mempunyai tendangan yang padu. Tendangan sudut diambil oleh Carrick dan terus ditujukan kepada Scholes yang berada jauh di tengah padang. Dia merembat ke arah sebelah kanan pintu gol dan dapat ditepis oleh penjaga gol, namun bola tetap tergolek masuk. Scholes ni dah lama tak menjaringkan gol dalam liga iaitu sejak Ogos 2007.
Gol kedua dijaringkan oleh Berbatov yang menerima kuisan lintang dari O'Shea. Gol mudah! Manakala Rooney pula meraikan kemasukannya menggantikan Berbatov dengan sentuhan pertama yang terus menerjah jaring gol pada minit ke-63. Dengan gawang MU tidak dibolosi, maka penjaga golnya, Edwin van der berjaya Sar melebarkan rekod tanpa bolos kepada 14 perlawanan atau 1,302 minit.
No comments:
Post a Comment