Thursday, February 19, 2009

14 Feb 2009: Diari Hari Ini

Pagi aku pergi bertugas dalam acara Road Run. Irfan ikut tapi dia tak nak lari. Tengah hari tu aku dengan Irfan pergi ambil orang rumah aku yang out station sejak hari Rabu yang lalu. Dia out station kat Empress, Bandar Baru Salak Tinggi tapi aku menjemput dia kat E2, Putrajaya. Dalam perjalanan ke Putrajaya, aku dengan Irfan singgah kat Pasar Borong Selangor untuk makan tengah hari dan beli buah favourite kita orang sekeluarga iaitu buah ciku. Kat sini murah aje cuma RM4 sekilo.
Lepas ambil orang rumah aku, kita orang ke Bandar Baru Bangi untuk hantar semula cermin mata orang rumah aku untuk kali keempat. Belinya mahal tapi asyik problem iaitu ada pusaran di tengah-tengah kanta. Jadi bila pakai mata akan pening. Orang kedai tu kata, pusaran kat kanta tu dipanggil saka.
Dari situ kita orang ke hentian bas di Jalan Othman untuk ambil pakaian orang rumah aku yang ditempah kat kedai aunty.
Orang rumah aku dapat daun pegaga dari officemate dia Cik Ja dan dia bercadang untuk letakkannya dalam bekas berisi air untuk dijadikan hiasan sambil membekal oksigen dalam rumah. Untuk mengelakkan dari jejentik menginap dalam bekas air tu, dia kata kena letakkan ikan pelaga. Jadi kita orang carilah kedai pets untuk membeli ikan pelaga. Cari punya cari tak jumpa dan akhirnya terpaksalah pergi jauh sikit hingga ke Saujana Puchong. Kat situ memang ada satu. Sebelum beli, kita orang pergi ngeteh dulu kat Restoran As-Subuh.
Bila dah beli ikan pelaga, kita orang singgah IOI Mall untuk beli tiket wayang cerita Geng Pengembaraan Bermula sambil cari bekas untuk letakkan daun pegaga dan ikan pelaga (eh nama dia dekat-dekat sama lak!). Tiket dapat tapi pukul 11 malam punya. Yang show pukul 9 dah habis.
Disebabkan tak ada bekas yang dicari kat situ, orang singgah Giant Kinrara. Nasib baik ada kat kedai RM5. Sempat orang rumah aku beli pokok dan baja sembur kat nursery bawah tu.
Malam on the way untuk menonton wayang, singgah kat Al-Rishadh untuk dinner. Bila sampai kat panggung rupa-rupanya show pukul 11 ni pun full house!

4 comments:

Pak Din said...

Mana ulasan EPL: MU vs Fulham?

Lecehlah kena taip word verification bila nak post comment.....

Sukimin said...

Ulasan tu akan dipublish sekejap lagi insyaAllah.
Mengenai Word Verification (WV) tu TERPAKSA diactivatekan la Pak Din. Sejak dua menjak ni, blog ini diserang oleh auto generated comment (spamming). So salah satu cara nak elakkannya ialah dengan mengaktifkan fungsi WV. I'm sorry (style Amir Raja Lawak)

rafi_reenz said...

alamak ai.....cantik nyer kucing tu abg ngah....Teringat plak kat kucing kesayang ku yang bernama "vicky"....Parsi gak...Umur dia x panjang sbb dia jangkitan dan sakit kuning.... HUhuhuhhuhhuhuhuhuuuuuuu........

Sukimin said...

memang cantik kucing tu... ha ah memang kucing Parsi. mula-mula nak namakan dia vic morrow tapi dia kucing betina - tak sesuai lak. last2 tak beri nama apa2pun sebab terlupa yang kita orang bukan nak beli pun kucing tu...haha