Irfan selalu bertanya pada aku kenapa kita tak boleh bela anjing. Dia bertanya demikian kerana ada seseorang yang dia amat rapat (Islam) membela anjing. Aku selalu menjawab secara tidak akademik langsung. Antara yang aku jawab pada dia ialah rumah orang yang membela anjing tak dimasuki malaikat.
Dia belajar di kelas agama bahawa jika memegang anjing, maka ia najis berat. Untuk menyucikan najis berat maka kena samak. Samak adalah dengan membasuh tempat terkena najis tersebut dengan air tanah dan dikuti dengan 6 kali air bersih/suci. Kat rumah pun aku dah praktikkan pada dia cara nak menyamak. Namun dia kerap tanya aku kenapa kawan dia yang bela anjing tu cuma basuh dengan sabun aje setiap kali dia pegang anjing. Dia keliru!
Malam ini aku buka blog Pak Din dan Alhamdulillah aku ternampak pautan laman blog salman maskuri bertajuk Hukum Bela Anjing.
من اتخذ كلبا إلا كلب ماشية أو صيد أو زرع انتقص من أجره كل يوم قيراط
Maksudnya: “Sesiapa yang memelihara anjing akan berkurangan pahalanya dua qirat pada setiap hari melainkan anjing menjaga binatang ternakan, anjing buruan dan anjing menjaga tanaman.” (Hr Muslim dan Nasaie - sahih)
Qirat adalah kadar yang diketahui disisi Allah (Imam Nawawi)
Memelihara Anjang
Imam Nawawi berkata:
Mazhab kami (syafie) berpendapat haram memelihara anjing tanpa ada keperluan dan harus memelihara untuk tujuan perburuan, menjaga tanaman dan menjaga binatang ternakan. (Syarh sahih muslim)
Ulama maliki berpendapat:
“Makruh memeliharanya dgn tujuan selain dari menjaga tanaman, menjaga binatang ternakan dan berburu.”
Sebahagian ulama Maliki mengatakan harus.
Pelihara untuk jaga rumah dan tujuan lain (selain 3 tujuan yg disebut dlm hadis)
Imam Nawawi berkata:
Pendapat yg lebih kuat الأصح menyatakan harus memelihara anjing untuk menjaga rumah-rumah, jalan-jalan dan sebagainya kerana diqiaskan dgn 3 tujuan yang dibenarkan Nabi saw. Ini berdasarkan illat (sebab) pengharusan yang difahami dari hadis. (Syarh Sahih Muslim)
Imam Abdul Bar berkata:
“Termasuk dalam berburu dan sebagainya yang mengharuskan membela anjing adalah membelanya untuk mendapat manfaat dan menghindari kemudaratan. Ini diambil dari qias. Makruh membelanya hanya kerna membela tanpa keperluan. “ (Fathul Bari)
Ibnu Quddamah (hambali) berkata:
Haram membela anjing untuk menjaga rumah kerana hadis yang lepas.”
Imam Nawawi juga berkata:
“Pendapat yang أصح dalam mazhab Syafie adalah harus memelihara anak anjing dengan tujuan untuk menggunakannya bagi tujuan yang diharuskan apabila ia besar.”
Kesimpulan: Ini termasuk dalam perkara khilaf. Mazhab syafie membenarkannya untuk tujuan keperluan seperti berburu, menjaga rumah dan sebagainya dan haram membelanya saje2.
Rujukan: Fathul Bari oleh Ibnu Hajar Asqalani, syarh sahih muslim oleh Imam Nawawi dan Mausuah Feqhiah kuwaitiah.
4 comments:
Bagusnya kau dapat pautan tu..., jelas penerangannya.
Yang bab kawan Irfan cuma basuh tangan dgn sabun je, mungkin masa dia pegang anjing tu, tangan dia kering dan anjing tu pun kering, so tak perlulah nak samak tangan dia, cukup basuh biasa je. Tapi kalau salah satu basah, atau kedua-duanya basah, kenalah samak juga...sebab tu payah sikit orang Islam nak bela anjing ni.
Alhamdulillah. Masing-masing dapat saham dalam menyampaikan ilmu. Semoga mendapat keberkatan.
memang bagus blog salman maskuri tu ustazah fati & membar. kalau kau nak, klik aje linknya kat dalam teks tu.
salam...saya sebelum ini tidak pernah pegang anjing dan merasa kan anjing itu kotor..boleh dikatakan semua orang islam malaysia tidak berani pegang anjing..kita harus ingat.ada beberapa ekor binatang yang dimuliakan oleh allah dan salah satunya adalah anjing.
"Kamu menyangka bahawa mereka jaga, sedang mereka tidur, sementara Kami membalik-balikkan mereka ke kanan dan ke kiri, dan anjing mereka menjulurkan lengannya di ambang." (18:18)
"Mereka akan berkata, 'Tiga, dan anjing mereka yang keempat di antara mereka.' Dan mereka berkata, 'Lima, dan anjing mereka yang keenam di antara mereka', dengan meneka terhadap yang ghaib. Dan mereka berkata, 'Tujuh, dan anjing mereka yang kelapan di antara mereka.'" (18:22)
jelas didalam alquran telah disebutkan ayat sedemikian..dalam konteks ini,anjing digunakan sebagai penjaga.tetapi ramai orang islam kita sekarang sudah menjadikan adat sebagai agama.jika kita lihat betul2,pak arab memang bela anjing untuk keselamat.kita sudah diberikan akal fikiran oleh allah.maka gunakanlah..islam seperti roda yang ditolak...mula2 dia akan pergi lurus kemudian akan goyah dan kemudian jatuh..zaman kita sekarang di zaman roda itu sudah jatuh..zaman yang roda berpusing lurus 2 sebab ada nabi dan sahabat2...tetapi sekrang pabila islam hanya pada nama..maka jatuh lah kita..jika ingin bercakap tentang mazhab syafie,cuba kita duduk berfikir..adakah benar kita mengikut mazhab syafie 100%?memegang 100 ekor babi tidak lagi haram dan berdosa sebab kita boleh samak..tapi kalau couple2 kat luar yang buat maksiat terang2??boleh ker bersamak??nak bertaubat??yakinkah allah akan terima taubat??semua itu kuasa tuhan..kalau taubat ala kadar baek x yah..saya sepupu saya ada bela seekor anjing dan dipandang serong oleh masyarakat.tapi dia lebih yakin dengan allah.saya juga sekarang tidak lagi was2 untuk memegang anjing dan merasa kan merak binatang yang setia..anjing juga binatang yang ada perasaan..islan itu indah..jika ingin merasakan keindahan nya,mari kita kebali ke imam kita iaitu alquran dan hadis...
dan mengenai menyamak nya pula sebab digunakan sabun adalah cuba kita fikir balek..zaman nabi atau imam syafie dulu ada sabun ka??x dew kan??n untuk kukuh kan lagi hujah saye,cuba kita lihat balik apa yang digunakan untuk membuat sabun??bukankah petroleum??petroleum asalanya dari mana??samak beerti basuh...pabila basuh menggunakan sabun,tidak salah sama sekali karana mempunyai kandungan tanah semulajdi..
wallahualam...
Post a Comment