
Udang pertama tangkapan orang rumah aku

Udang pertama yang aku tangkap - mata kailnya tersangkut kat ekor!


Aku pasang umpan, umpan yang digunakan ialah hati. Hiris ajelah umpan tu dan masukkan ke dalam mata kail. Pendek kata main belasah aje. Orang rumah aku yang kail dulu. Tak sampai 10 minit dia dah dapat seekor! Seronok giler! Lepas tu turn aku lak. Hehe...dapat seekor....mata kailnya tersangkut kat ekor dia. Lepas tu jenuh menunggu - kejap orang umah aku yang kail, pas tu aku lak. Jap pindah sana, kemudian pindah sini.....tak dapat-dapat. Last-last aku dapat seekor lagi dan dia dapat seekor juga. Hmmm.... baru 4 ekor. Tapi macam mana lak boleh pulang dengan setengah kilo? Haha...ada rahsianya.
Kat gambar ni ada dua budak Cina yang ikut bapak dia mengail. Dia ni kerjanya ialah menangkap udang dengan menggunakan tangan. Laju betul tangan dia. Kekadang dia bolh tangkap dua ekor sekali gus, satu tangan kiri dan satu lagi tangan kanan. Aku sembang dengan bapak dia sebelum tu, tanya banyak ke dia dah dapat. Dia kata dah 10 ekor, 3 dia kail 7 lagi anak dia tangkap. Bila dia tengok joran kita orang tak sangkut2 lagi, dia ajar aku agar potong hati tu kecil-kecil. Itu yang dapat udang ke-3 dan ke-4. Kemudia dia kesian sebab dah satu setengah jam aku mancing baru dapat 4 ekor, jadi dia suruh hero dia yang dua orang ni tangkap gunakan tangan dan beri pada kita orang. Tak cukup dengan tu, dia suruh anak dia amik lagi udang dalam bekas dia orang dan beri pada kita. Aku kata tak yah tapi dia kata memang dia tak makan. Dia mancing suka-suka aje.
Hahaha itulah rahsianya. Bila kita orang dah nak balik, suruh staf kedai tu packkan hasil tangkapan kita orang. Bila dia timbang dapatlah 300 gram. Dia siap ambik lagi dari fridge tambah untuk cukupkan setengah kilo.......
Begitulah adanya......
p/s Askm Efy...jangan kutuk abang ngah tau
Nota: Udang yang aku dapat semuanya bukan makan umpan tapi mata kail tersangkut sama ada kat ekor atau kat badan dia. Haha kelakar betul....
2 comments:
Kalau macam tu lagi baik mancing di Pasar Borong Seri Kembangan. Bukan setakat udang, ketam pun boleh dapat.
halu abg ngah ku.....
amboi2....sonyap2 mancing udang ek....X ckp pun...Huhuhuhuhuu.....
Mancing udang nie mmg enjoy kan...So abg ngah n angah dah tau la cara2 nak pancing udang niekan....emmmm...per lagi, jom ar kita sama2 pancing udang plak...Nnt blh la kte gabungkan hasil tangkapan kita.....Amcm?
Post a Comment