Orang rumah aku ajak pergi mancing udang kat kolam malam ini. Dia dah ricky tempat yang paling dekat ialah kat Jusco Taman Equine. Mungkin lepas game Aston Villa - Chelsea ini aku baru pergi (Setakat ni, Chelsea lead 1-0 hasil jaringan Anelka). Bukannya apa, kita orang tak ada joran lagi. So kalau gi mancing udang kat kolam, jorannya disediakan jadi senanglah sikit. Nanti kalau dah terer sikit, barulah beli joran sendiri.... Masa tu bolehlah celen adik ipar aku ataupun si pro Mimbar. Satu lagi adik ipar aku kata mancing udang ni lebih senang nak dapat. Aritu dia mancing dapat 3 kilo!
Aku harap adik ipar aku tak baca entri ni sebelum aku habis memancing. Kalau tidak....padahlah aku kena kutuk dengan dia pasal gi mancing tak ajak dia. Tambah teruk dia kutuk akau kalau tak dapat apa-apa....
No comments:
Post a Comment