Setelah empat hari di pawagam, filem ini telah berjaya mengutip sebanyak RM 1.75 juta. Satu pencapaian yang amat membanggakan. Hari pertama ditayangkan filem ini telah mengutip sebanyak RM216,000, hari kedua sebanyak RM284k dan RM648k, RM600k untuk Sabtu dan Ahad. Panggung Tebrau mencatatkan jumlah penonton yang tertinggi untuk 4 hari iaitu sebanyak 9000 orang, diikuti oleh Alamanda di Putrajaya sebanyak 7000 penonton. Bagi jumlah penonton yang paling kurang adalah di Kucing, Sandakan dan Miri iaitu sekitar 700, 500 dan 400 orang.
Pencapaian ini telah memeranjatkan tauke-tauke panggung kerana ia telah dapat menandingi semua filem Hollywood yang ditayangkan di negara kita dari segi kutipan setakat ini.
Kepada peminat di Indonesia, usaha sedang dijalankan untuk tayangan di Studio 21 dan Blitzmegaflex selewat-lewatnya Ogos tahun ini. Segala urusan menempah panggung sedang dijalankan dan perkembangannya akan dimaklumkan dari masa kesemasa. Usaha juga sedang dibuat untuk tayangan filem ini di India, Korea dan Latin Amerika. Semoga filem ini dapat menembus pasaran tersebut dan mengorak langkah bagi industri animasi dan filem negara kita.
4 comments:
Cikgu, saya nak 'pinjam' fakta ni, boleh ye? nak letak di blog saya juga... hehehe
-peminat upin & ipin-
Ok...fakta ni pun saya amik dari website sykt tu. Dah pergi tengok ke lum? Kalau belum, segeralah pergi bawak anak2. Pasti tak rugi.
Dah tengok dah Sabtu lepas... pukul 10 kaunter tiket buka, 10.30 tiket dah sold out! nasib baik tak terlepas peluang... insyaallah, weekend ni nak bawak anak-anak tengok lagi, tak puas tengok sekali, hehehe...
Kitaorg pun tengok Sabtu lepas. Tengok pukul 11 malam sebab pukul 9 punya dah penuh. Masa tu beli tiket dalam pukul 8 malam. Bila sampai masa nak masuk panggung, rupa2nya pukul 11 pun full house. Inipun si Irfan sibuk ajak tengok sekali lagi.
Post a Comment