http://www.upindanipin.com.my/
Hari Rabu yang lalu genaplah 2 minggu filem Geng ditayangkan dipawagam seluruh Malaysia. Kutipan seluruhnya untuk 2 minggu yang pertama in telah mencecah RM 4.09 juta, satu pencapaian yang memberansangkan. Kutipan minggu kedua ini menyaksikan penurunan sebanyak 18% dari kutipan minggu sebelumnya. Ini sesuatu yang jarang disaksikan oleh filem-filem tempatan yang biasanya mengalami penurunan kutipan yang mendadak disebabkan oleh khabar berita dari mereka yang telah menonton filem tersebut. Atok mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah menonton filem cucu Atok ni, terutama mereka yang telah menonton berkali-kali tu. Pagi tadi ada kawan Atok yang beritahu, nenek dia yang berumur 82 tahun ingin menonton filem ini dan dia sudah pun membuat tempahan untuk menonton hujung minggu ini...peminat setia Upin dan Ipin nenek tu. Setelah tamat sahaja sekim wajib tayang selama dua minggu, semua pengusaha panggung telah mengurangkan jadual tayangan filem ini dan mengalihkan nya dari panggung yang besar ke panggung yang lebih kecil. Alasan mereka, banyak filem baru dari luar negara masuk dan mereka tiada pilihan selain mengurangkan tayangan filem Geng. Setelah di congak, langkah ini sudah tentu akan menjejaskan kutipan kami dan sasaran yang kami tetapkan sudah tentu tidak akan tercapai. Ini belum mengambil kira bagaimana kecewanya peminat filem ini kerana tidak dapat tiket untuk tontonan hujung minggu ini. Atok mengadu kepada pengedar kami yang kebetulan menjadi Presiden Persatuan Pengeluar Filem Malaysia. Atok amat kecewa apabila diberitahu bahawa mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana tayangan filem adalah tergantung kepada budi bicara pengusaha panggung wayang. Atok hairan, apabila sesebuah karya yang indah, yang begitu menonjolkan ciri-ciri rakyat Malaysia, dan menjadi kebanggaan rakyat kita harus memberi laluan kepada karya dari luar negara yang tidak mendapat sambutan hangat jika di bandingkan dengan filem Geng. Atok telah mempersoalkan sekurang-kurang nya,dimana kah business sense pengusaha tersebut jika kita tidak mahu menyentuh semangat petrotisma mereka. Malang sekali bagi Mr. Presiden yang tidak berani berhujah dengan pengusaha panggung untuk memepertahankan karya anak bangsa mereka yang boleh mengaut keuntungan bagi pengusaha tersebut dikekalkan tayangannya. Perkara yang begini bukan selalu kita alami dan seharusnya menjadi kebanggaan kepada karyawan filem dan harus diperjuang dengan pengusaha panggung atau taukeh panggung itu. Akhirnya Atok telah mengambil keputusan untuk menarik balik semua tayangan filem Geng dari semua panggung mulai semalam sekiranya mereka tidak mengubah jadual tayangan dan mengekalkan panggung yang besar untuk tayangan tersebut. Dengan ancaman tersebut, barulah semua taukeh panggung berkokok dan berjanji untuk menukar jadual tayangan dan pemilihan panggung untuk tayangan. Mereka juga berhasrat untuk bertemu Atok samaada hari Isnin atau selasa untuk membincangkan jadual tersebut dimana perkara ini tidak pernah terjadi. Biasanya, penerbit filem tidak berpeluang berjumpa dgn taukeh-taukeh ini dan terserah kepada mereka untuk menentukan apa yang mereka ingin tayangkan. Khabarnya salah seorang pengurus jadual tayangan telah jatuh sakit hari ini kerana pening untuk menjadualkan kembali filem Geng. Hari ini, Atuk telah memberi amaran sekali lagi kepada mereka , sekiranya tidak ada perubahan jadual dan mengecewakan peminat, Atuk akan menarik balik semua tayangan mulai minggu depan. Inilah negara ku, kita kena meminta-minta seperti bangsat kepada mereka untuk menayangkan filem kita. Sedangkan filem Geng telah mengalahkan kutipan semua filem antarabangsa dan tidak ada sebab untuk mereka mengabaikan filem ini, kerana mereka mengaut keuntungan yang besar. Sebenarnya mereka mendapat 50% dari hasil kutipan filem ini. Bagi Atuk, kita mesti berani dan berkorban demi menjaga maruah kita. Sama-sama kita tunggu apa langkah yang mereka akan ambil. Kepada peminat, silalah penuhkan panggung supaya Atuk dapat memperbetulkan keadaan dalam industri filem kita. Selama ini mereka asyik menyalahkan filem kita yang tidak dapat membawa pulangan kepada mereka dan boleh mengambil langkah sesuka hati mereka. Ini negara kita, sudah tentulah kita harus mempunyai suara apa yang patut kita pertonton kan kepada rakyat kita. Atok...memang mengharapkan sokongan dari semua peminat. Posted by ATUK RANGGI 17 comments: azrienazin said... 12:09 AM assalamualaikum atuk,tahniah utk filem Geng. Saya dah bawak anak-anak pegi menonton kat Alamanda.. semua enjoy sangat. Masing2 teringat kat nenek (mak saya) kat kampung yang minat sangat dengan Upin Ipin. Kami bercadang nak bawak dia menonton dalam minggu depan ni bila dia datang ke KL. Sedih rasanya kalau tiba2 dah tak de lagi Geng kat panggung. Mesti ramai peminat yang tak sempat tengok lagi, frust giler... (termasuklah mak saya)akhir kata, semoga Les Copaque terus success dan hasilkan produk yang bermutu lagi in future. Anonymous said... 12:29 AM Laaaa....bak kata Afdlin Shauki, skim Wajib Tayang kena dikaji semula! Panjangkan sampai sebulan utk filem2 tempatan yg cemerlang spt Geng Anonymous said... 1:34 AM Saya sokong Atuk..nampak sangat pengusaha2 ni busuk hati..kalau nak berkumpul ramai2 depan panggung wayang tanda protes pun saya sanggup..ape kata yg lain-lain..? afiq...ludin...ferdi... said... 2:05 AM salam..tahniah les' copaque..!!! Aizat said... 6:33 AM Memang btol.Semalam saya tengok cite nie wat kali ke-5.Saya tgk kat GSC Pelangi Leisure Mall,JB.Minggu lepas ada 6 tayangan 1 hari.Semalam tinggal 2.Itu pun dia dah pindahkan ke hall yang speakernye x berape baik.tayangan wktu malam plek mereke wat lasat pkul 7.10 mlm.Pelik la.Dah x de tayangn cite geng selepas pkul 8 mlm. Blog Anuar Kamaruddin™ said... 7:22 AM atok ranggi skali bersuara...malatop speaker panggung...bagus ugutan atok tuh ;D caiyok! xillix axillixa said... 8:27 AM tak tau pulak saya tentang politikus panggung.... ada jugak rupanya.. ingatkan standard...bila nak keluar DVD?...saya ada anak kecil, susah nak ke panggung... taro said... 8:31 AM patut la mlm td sy g tengok kat TGV bukit raja tak der tayang citer Geng..heran jugak la...tp nasib sempat beli tiket utk kali ke 3 hari sabtu ni..tu pun dapat sit tepi dinding kat bawah lak tu...sebb sabtu n ahd semua dah full kat TGV bukit raja..diorang dah kurangkan jumlah tayangan la..daripada 6 ke 8 kali skg tingal 4 kali jer sehari..teruk betul la...bak kata lagu bunkface.."DISKRIMINASI MENJATUHKAN AKU...REPUTASI KINI MENJADI BISU..."....LALALALA. Marni said... 9:17 AM Saya dah dapat booking tiket untuk tengok GENG buat kali ketiga..Hah??? nak tarik balik?? jangan laaa... sedihnya bila ada diskriminasi mcm ni.. entah2 pemilik panggung dah buat rakaman untuk publish vcd cetak rompak tak? sebab tu diorang buat macam tu, supaya vcd cetak rompak laku... ada sesiapa yang dah jumpa vcd cetak rompak GENG ke? jangan lupa report di balai polis!Issyykk.. ni mahu juga ada yang buat demonstrasi depan panggung ni kang... uMMiHaKiMi said... 9:31 AM Teruskan usaha atuk...anak tempatan tidak boleh dipijak2...kami amat bangga...kami akan support produk2 anda yg berkualiti...secara tidak langsung ia akan menyemarakkan lagi semangat anak2 buah atuk utk terus menghasilkan produk yg bermutu seperti ini.. Junaidix said... 9:50 AM "Sebenarnya mereka mendapat 50% dari hasil kutipan filem ini"huh? biar betul atuk? kalau Geng dah dapat kutip keseluruhan 4 juta, so produksi dapat 2juta saja? itu belum dapat cover kos nak buat movie geng tu. bangkrap itu macam.. huhu.. camana ngan Geng 2? ada lagi ke? adeih lar..kena keluarkan cepat-cepat VCD/DVD yang ori. sebab kat pasar malam dah ada jual yang "cap ayam" nyer..apa pun, tahniah sebab dah collect 4 juta. Invader Voobee said... 9:53 AM Junaidix: ini memang sudah biasa dalam industri filem. Itulah sebabnya kami target kutipan yang tinggi. sue_milkybee said... 10:10 AM sakit ati jer biler citer yang berkualiti n kebanggaan malaysia camni didiskriminasikan....pengusaha panggung hanya tahu kaut untung...50% plak tu...korg teruskan berkarya...kitrg akan support ahmadnaziF said... 10:36 AM Memang tindakan atok ni HEBAT & BAGUS!! Memang saye sungguh benci (setelah membaca tulisan atok) dengan bermacam2 alasan daripade pihak pengurusan panggung.Filem GENG ni bukan filem yang orang tak nak tengok cam filem M'sia lain (majoriti semua filem Melayu sebelum ni). Geng ni filem box-office, pecah panggung, high standard, high quality..tp akhirnye camni la..orang Malaysia sendiri ketepikan hasil dari dalam Malaysia, padahal yang diketepikan tu benda yang menguntungkan - alasannye, "ini produk Malaysia & kena ambik yang luar jugak sebab yang luar lebih berkualiti". Attitude ni memang menyakitkan hati..Deorang ni takde mata @ tak suka hasil anak Malaysia?Ape2pun, saye sokong Geng ni kekal kat pawagam 2 bulan cam Transformers dulu! asis said... 11:16 AM oh atok..atok..saya suke atok..hohoho..em...memang tersangat la betulnye kate2 dan tindakan atok tu..tiap2 minggu pun saya gi tengok..nanti kalau berkurang cepat la tiket habis...xdapek la eden nak gi nonton x gitu atoknye...PERTAHANKAN GENG..... adam said... 11:27 AM gud joob bro.. depa tu kena ugut macam tu baru nak ambil action..tokey2 depa tu cuma pikir wang jek, bkn pikir soal maruah filem kita.. ahmed fani said... 11:32 AM 4 million...a good start for the industry. But not good enough (or not good at all?) for the business.
Petikan dari http://gengmovie.blogspot.com/2009/02/oh-negara-ku.html
No comments:
Post a Comment