Aku pergi meeting petang tadi kat SK Serdang. Aku rasa pelik juga sebab macam mana aku boleh tak tahu lokasi sekolah tu? Dulu-dulu aku pernah dengar sekolah tu dekat dengan MARDI tapi MARDI tu kat mana? Apa tak peliknya sebab dulu kawasan tu tempat area aku melepak jugalah dengan member-member masa jadi student kat UPM. Masa tu masjid tempat kita orang sembahyang Jumaat pun kat kawasan tu juga. Tapi ingat punya ingat, ingat punya ingat masih aku tak ada clue kat mana sekolah tu. Aku kol kawasan aku yang duduk kat kawasan tu, rupanya dia lebih teruk dari aku sebab yang dia tahu cuma SK Seri Serdang aje.
Last-last aku kol sekolah tu tanya directionnya. Hmmm..... kat situ aje rupa-rupanya. Memang tempat kita orang main billiard dulu. Kalau tak silap aku anak tokeh kedai minum + billiard tu nama dia Aziz rasanya.
Bila aku lalu kat depan kolej pertama teringat zaman dulu-dulu. Masa tu aku duduk kolej 4. Blok-blok kat kolej 4 dinamakan sempena nama padi - Mahsuri, Masria, Murni dan Malinja. Aku duduk kat bilik 201 (1st floor) blok Masria. Masa tu ada Kampung Pasir (tempat masjid sekarang) tempat kita orang beli minyak motor (dalam botol). Masa tu ada benteng, tempat warung-warung makanan ditempatkan. Warang2 makan ni ada masa malam aje dan orang yang bernaiga di gerai makan tu adalah kebanyakannya staf UPM. Tapi sekarang semua tu dah tak ada. UPM semakin besar dan aku dah semakin tak kenal....
1 comment:
Ko ader amik gambar tak zaman kewujudan kampung pasir tu sebelum terdirinya masjid upm tu?Kalo ada masa terluang..kasi scan dan upload ler...sesajer nak tengok/refresh balik...
Tempat yg ko main billiard tu serdang club sebelah pejabat jabatan pertanian...
Post a Comment