Irfan sejak bersekolah di sini aku tengok perkembangan dia amat positif sekali daripada segi bacaannya. Semalam walaupun sekolah pagi masih bercuti, dia tetap bersemangat untuk ke sekolah agama. Salah satu sebab ialah setiap hari rabu dia akan ada aktiviti kokurikulum.
Masa lunch semalam aku dengan Irfan makan kat food court BK 4. Tak sangka jumpa Laili yang bekerja di Custommedia. Dulu masa aku kat Smart School di Putrajaya kerap berurusan dengan dia sebab masa tu aplikasi SMSS sedang dibangun dan dirintis. Sempat sembang sekejap dengan dia mengenai member-meber lama kat Custommedia tu.
1 comment:
memang syok ada anak kecik..... nape kau teringin ke? tunggu cucu ajelah macam tok cham tu.
Post a Comment