Kesian Irfan! Dia dah janji dengan 2 kawan baik dia Hakimi dan Aiman untuk bermain bola pagi tadi (Sabtu) tapi niat tu tak kesampaian. Sempena cuti panjang, patutnya kawan dia dua orang tu bermalam kat rumah aku. Dia orang bertiga dah plan yang malamnya tu main PS2 sampai larut malam. Esoknya pagi-pagi bangun dan main bola kat padang BK5 (tepi Petronas). Habis main bola breakfast dan sambung main PS2. Petang main bola lagi kat tepi rumah pulak dan lepas maghrib baru balik ke rumah masing-masing.
Kawan rapat dia tak dapat datang last minute sebab sepupu dia datang bermalam so tak elok pulak nak tinggalkan.
Lepas breakfast kat Asam Pedas kita bertiga pergi melawat rakan di KPMC Kajang. On the way ke situ aku singgah di South City Plaza. Rupa-rupanya Parkson dah tutup namun Giant masih ada. Beli sedikit buah tangan kat Giant SCP. Sunyi juga sebab dah ramai yang balik kampung aku rasa.
2 comments:
Salam. Parkson tu dah lama tutup.. Kau yang dah lama tak ke sana...
Ha ah...rasanya paling last aku ke situ tahun 2005. Dulu2 mana ada alamanda jadi yang paling dekat ialah the mines dan pastu scp tu siap ada jugalah jengok2 ke situ.
Post a Comment