Balik dari KLIA, kita orang singgah rumah jap untuk mandi dan solat maghrib. Lepas tu terus ke rumah Member di Seksyen 8, Shah Alam. Yang hadir selain aku ialah Ah Chong. Md. Nor, Usop, Rahman Mokhtar, Foad dan Arbakariya. Aku kena balik awal sebab perlu ke KL Sentral untuk sambung urusan enrich point yang tak selesai tadi. Kaunter kat situ tutup pukul 12 tengah malam. Bajet punya bajet aku rasa satu jam setengah mesti sempat punya.
Waktu aku dah nak mintak izin tetiba Elias telefon. Dia baru sampai dari Sydney dan akan sampai kat rumah Member pukul 12 malam. Nampaknya aku memang tak sempat nak tunggu dia.
Nak ke pusat bandar KL naik commuter memang lebih mudah agaknya untuk mengelakkan traffic jam. Tapi tau-tau ajelah malam menjelang tahun baru pasti ramai yang naik commuter. Lecehlah pulak. Hmmmm nampaknya kena naik kereta ajelah. Hati lega sikit bila Rahman kata kalau ke KL Sentral jalan tak sesak.....
Dalam pukul 11 aku terus mintak diri dan terus pergi ambil Syamira dan Irfan. Bila naik aje kereta Irfan ingatkan aku agar isi minyak sebab lampu dah menyala. Aku kata tak sempat sebab nak berkejar ke KL Sentral. Lepas tu terus aje aku rush ke KL.
Sepanjang perjalanan jalan lenggang aje cuma ada road block oleh JPJ selepas tol kat Subang. Sapa yang guna lane-lane sebelah kiri (lane tunai) kena tahan...nasib baik aku guna smart tag. Perjalanan terus lancar.....bila lepas aje Mid Valley terkeluar sari mulut aku 'Bestnya jalan, tak jam langsung'. Tak sempat habis aku sebut ayat tu, alamak! berderet-deret kereta kat depan aku - trafik jem!!! Adoi....masa tinggal kira-kira 20 minit. Macam kura-kura merangkak kereta aku bergerak meredah kesesakan. Hati berdebar pasal mengejar masa yang semakin singkat, berdebar kerana jalan sesak dan dada pulak sesak bila memikirkan minyak yang semakin tenat. Akhirnya bila mula membelok keluar dari Lebuhraya Persekutuan untuk exit ke KL Sentral....berdebum! bedebam! bedentum-dentum bunyi bunga api dengan sinarannya menerangi malam. Ah sudah! Dah pukul 12 malam.....ini bermakna aku tak sempat ke kaunter enrich. Mission aku sekali lagi gagal......
Kat Bangsar aku isi minyak kat Petronas. Balik aku ikut Jalan Kelang Lama. Singgah kat kedai mamak BK4 pasal Syam tak dinner lagi rupanya. Lepas dinner, aku kena hantar orang rumah aku ke klinik pulak sebab dia demam sejak petang tadi. Bebudak tak nak ikut so aku tinggalkan kat rumah. Puas cari klinik 24 jam tak jumpa. Jam dah menunjukkan 1 lebih. Akhirnya aku ke KPM Medical Center berdekatan dengan Bandar Puteri Puchong. Kena RM93! Hmmm....cost of living is still high eventhough the fuel price semakin turun.
Akhirnya aku sampai rumah pukul 2 lebih pagi......
Sambil buat posting aku surf masuk malaysiaairlines.com.my untuk buat Enrich Extension. Bila dah login aje, adoi!!!! Point yang aku layak untuk buat extension tadi dalam 20,000 semuanya dah hilang. Memang hari ini aku kurang bernasib baik - telefon enrich call center sejak petang habis berpuluh ringgit rasanya sebab tak jawab-jawab. Tak puas hati pergi KLIA rupa-rupanya tak boleh buat di situ, kena pergi ke KL Sentral. Dia kata kat sana tutup 12 tengah malam. Malam sanggup meninggalkan member2 yang tengah MG kat rumah Mimbar untuk bergegas ke KL pun gagal. Akhirnya cuba guna online......habuk pun tarak....
Aku telefon careline dia, dia kata kena kol antara pukul 6.30 pagi hingga 9.30 malam. Dia kata cuba buat rayuan untuk dapatkan extension tu.
3.22 pagi
No comments:
Post a Comment