Sunday, January 25, 2009

FA Cup: MU menentang Spurs

Malam ni aku agak produktif membuat posting sementara menanti game Piala FA ini yang memasuki pusingan ke-5. Aku malam ni bermalam kat rumah mertua kat Shah Alam. MU kehilangan ramai pemain regularnya akibat kecederaan. FA Cup adalah salah satu daripada 4 piala yang masih menjadi buruan MU - Liga EPL, Liga Juara-Juara dan Piala Carling. Ini adalah sebagai tambahan kepada piala Juara Antara Kelab Dunia yang telah dimenanginya di Jepun baru-baru ni. Walaupun Piala FA ini bukanlah menjadi keutamaan bagi kebanyakan pasukan handalan namun MU sedang cuba untuk mencipta sejarah. Rata-rata kelab akan meletakkan Liga EPL sebagai sasaran utama diikuti dengan Liga Juara-Juara dan barulah diikuti dengan Piala FA ini. Namun bukan semua pasukan berpeluang memasuki Liga Juara-Juara.
Ini senarai first eleven MU dalam game malam ini:
Welbeck, Berbatov, Tevez, Ronaldo, Scholes, Carrick, Neville, O'Shea, Vidic, Fabio dan Foster.
Perlawanan ini yang tamat pada kira-kira jam 3.15 pagi dimenangi oleh MU 2-1. Namun seperti dalam perlawanan separuh akhir Piala Carling tempoh hari, kemenangan ini dibayar dengan harga yang tinggi. Ramai pemain MU tercedera seperti Fabio (kembar Raphael - pemain kesayangan anak aku si Syamira), Welbeck dan Ronaldo.
Pelawat yang menjaringkan dahulu gol pada minit ke-5 namun kalau dilihat dari segi game tu memang tidak suspense sangat kerana MU sememangnya menguasai permainan. Minit ke-35 Scholes menjaringkan gol penyamaan hasil dari sepakan sudut dan tidak lama kemudian Berbatov pula mengambil giliran menyumbat gol kedua MU. Gol ini dijaringkan oleh Berbatov setelah mendapat hantaran dari Carrick. Yang uniknya kedua-dua pemin ini dibeli oleh MU dari Spurs. Sepanjang perlawanan ini, Berbatov ni diboo oleh penyokong Spurs setiap kali mendapat bola gara-gara perpindahannya ke MU kerana dia adalah penggerak utama Spurs.

4 comments:

Sukimin said...

haha....ok. No problem, untuk kengkawan apa salahnya.

kembara kelana said...

aku dah bagi, tetapi kau orang bila balik terlupa...walaupun kau orang duduk dekat dekat tetapi nak datang semata mata kerana serunding aku tu..memang tak ada masanya..walaupun begitu..alau kau orang datang rompin, kau orang akan dapat cenderahati dari aku...
min
aku bab MU ni lah satu kelab yang aku paling menyampah sekali, sayik dia jer menang dan aku sampai tak suka pengurus tua dia tu..asyik muka dia jer. bilalah nak bersara..aku kalau dengar MU kalah..aku bukan main suka lagi..lebih lebih lagi kalau kalah dengan pasukan tak kuat. aku suka pasukan chelsea, tetapi chelsea selalu menghampakan aku, kalah seri kalah seri..nyampah aku.. aku suka arsenal punya permainan tetapi arsenal pun gitu..macam yoyo.. sekarang aku dah tak ada pasukan yang aku suka..EPL pun aku tak tengok dah.. malas. aku harap MU akan kalah dalam beberapa perlawanan lepas ni...
mimbar
terima kasih memanjangkan pahala untuk kawan kawan yang terlupa tu..kau punya MG dah masuk tarap lain dah bar..sampai melawat rumah cikgu ni..hebat kau bar, harap sama sama kita set up reuinon 5M1 nanti.

Sukimin said...

Alamak bar! Tuan punya serunding asal tu dia tahulah pulak..... Sorilah sop, kita ni kan dah semakin meningkat usia...asyik terlupa aje. jumpa tu jumpa lepas kita mg kat umah mimbar, tapi apakan daya RAM dah semakin kurang. Daripada tersia-sia begitu aje, bagus jugalah si member ni panjangkan kepada rakan kita yang lain. At least nanti dia org tau yg kau produce serunding tu. Aku dah tahu dan dah makanpun. Apa-apa aku teringin sangat nak ke rompin.....

Sukimin said...

Hmmm....pasal bola pulak, tak baik kau nyampah2. Lebih baik kau sokong MU je, abis cerita. Setakat ni yg musuh MU dalam senarai aku ialah Yusri (dulu dia cikgu kat sekolah aku ni) yg sokong Chelsea; Pak Din, adik ipar aku, arbain yg sokong arsenal; fendi, raj, abang, erfan (anak said), suwandi (x biras aku) yang sokong liverpool. Yg sokong MU ni banyak - setakat dalam keluarga aku, ketiga3 anak aku dan orang umah aku semuanya sokong MU. So nak join tak?