Monday, January 12, 2009

EPL: MU lawan Chelsea

Babak pertama berakhir dengan MU mendahului 1-0 hasil jaringan Vidic.. MU dapat sepakan sudut di minit terakhir separuh masa pertama. Rooney melakukan helah dgn meletakkan bola lalu menguisnya sedikit ke belakang. Lalu serta-merta berlari ke arah bola seolah-olah mahu mengambil sepakan tapi dia serta-merta memusingkan badannya dan menyepak bola ke arah depan pintu gol lalu ditanduk Ronaldo dan GOL! Helah tu memang berjaya mengelirukan pemain Chelsea namun rupa2nya penjaga garisan pun tertipu sama lalu dia membatalkan jaringan tu. Lalu pengadil menyuruh sepakan dibuat semula. Giggs menyepaknya ke tengah dan ditanduk ke belakang oleh ? kemudian disambut oleh Vidic dan gol. Skrg dah 2 gol bila Rooney jaringkannya pada minit ke-63. Haha 3-0, Berbatov jaringkan gol minit ke-87. Lena tidur aku malam ni. Skrg dah kul 1.50 pg. Hmmm ni kalau Pak Din mesti dah lama hanyut.

3 comments:

Pak Din said...

Tahniah Minjuk...

fati said...

Anak pompuan aku tempik kuat giler bila gol tu...aku yg dah tidok kat atas pun boleh terjaga...isy, isy, isy...hantu bola sungguh!

Sukimin said...

haha anak-anak aku tiga-tiga giler MU macam bapak dia. Yang pompuan dua tu memang lebih2 sokong MU.