Memang sedap masakan kambing yang dihidangkan
Seperti yang dijanjikan, Syed Mohamad menjemput member2 ke rumah dia. Dia buat sekali dengan majlis doa selamat sempena masuk ke rumah baru. Aku pergi dengan orang rumah aku dan 2 anak - Syamira dan Irfan. Azhari pergi sekali dengan aku. Aku jemput dia kat Puchong Permai.
Yang datang tadi tak ramai sebab masing-masing ada hal. Mungkin awal tahun ni memang ramai yang sibuk terutama urusan anak nak bersekolah. Syed Bakar ada game bola, Fuad kalap beras sampai dan Arbakariya ada urusan lain. Yang lain-lain tak pasti sebab akupun tak ingat siapa aku yang aku panjangkan undangan Syed tu.
Member datang dengan isteri dia, Gajah datang sorang aje. Yang bestnya kita makan dalam dulang. Teringat masa zaman sekolah dulu - ukhwah!
Rumah Syed ni dia baru beli, kat Kajang Prima.
No comments:
Post a Comment