Aku sampai sekolah menengah lama aku kira-kira pukul 12.15 tengah hari. Memang lain sangat sekolah aku sekarang. Jalan masuk pun dah berubah sekarang ni masuk ikut jalan belakang. Kawasan sekolah pun dah makin luas. Pendaftaran sebenarnya mula pukul 2 petang tapi aku kena sampai awal sebab bos mintak aku siapkan LCD projector dan internet connection. Aku gunakan wireless router Vodafone dengan Celcom 3G. Dengan wireless router ni bolehlah reramai surfing secara concurrent dengan gunakan notebook atau handphone masing-masing yang ada wi-fi capability.
Lepas siapkan, aku bawak famili untuk check-in di hotel. Tapi sebelum sampai hotel, kita orang singgah restoran asam pedas dulu untuk lunch.
Habis check-in, aku pergi semula ke sekolah untuk majlis tahlil. Tahlil ni diketuai oleh bekas rakan sekelas aku Syed Mohamad Syed Alwi. Bapak dia ni dulu mufti Johor. Seronokbetul dapat jumpa rakan-rakan yang dah terpisah 30 tahun! Macam tak cukup masa untuk berkongsi pengalaman dan cerita dengan berpuluh-puluh member.
Malam pukul 8 kita orang dinner kat hotel. Aku sekali lagi jaga bahagian teknikal. Siap buat live video confencing dengan member yang tak dapat datang.
Esoknya, 14 Disember lepas check-out kita orang bertolak balik ke JB untuk menziarahi orang tua aku. Sempat singgah kat Restoran ZZ untuk pekena mee rebus tulang. Hmmm....memang best giler!
No comments:
Post a Comment