Friday, December 26, 2008

EPL: MU menyambung cabaran

Mat Salleh ni walaupun hari ini hari raya dia orang, tapi very commited pada tugas dan tanggungjawab. Berlatih semasa Krismas dan berlawan keesokkan harinya. Itulah profesional namanya.
Ini ialah jadual perlawanan sehari selepas mereka menyambut Krismas: Stoke City v Man Utd 12:45 Chelsea v WBA 13:00 Portsmouth v West Ham Utd 13:00 Tottenham v Fulham 13:00 Liverpool v Bolton 15:00 Manchester City v Hull City 15:00 Middlesbrough v Everton 15:00 Sunderland v Blackburn 15:00 Wigan Athletic v Newcastle 15:00 Aston Villa v Arsenal 17:15 Aku rasa insaAllah tak ada masalah untuk MU mengalahkan Stoke City namun kemungkinan sebaliknya tetap ada. Macam yang Sir Alex Ferguson cakap masa berita tadi bahawa Stoke ni di kelompok bawah dan kerap mengejutkan kelab atasan. Tambahan lak mereka agak terdesak untuk menjarakkan diri dari zon relegation. Semoga kejayaan menjuarai Piala Kelab Dunia FIFA dapat membakar semangat pemain MU.....
Satu lagi game yang menarik pada aku ialah antara Ason Villa dengan Arsenal (pasukan pujaan Pak Din sekeluarga). Ini memandangkan prestasi Aston Villa yang sedang meningkat di samping berlaku sebaliknya pada paukan Arsenal. Ini terbukti apabila Aston Villa menduduki tangga ketiga. Mereka sudah pasti mengharapkan Liverpool dan Chelsea kecundang walaupun peluang tu agak tipis. Namun kedua pasukan teratas tersebut akan bermain dua perlawanan dalam tempoh 3 hari. Mungkinkah ini bakal menjejaskan mereka? Tunggu dan lihat!

No comments: