Saturday, December 27, 2008

27.12.08 (Sabtu): Tuanku Ja’afar mangkat

YANG Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban pada pukul 11.45 pagi tadi dalam usia 86 tahun.
Jenazah Almarhum baginda ditempatkan di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk penghormatan terakhir daripada kerabat diraja, pemimpin dan orang ramai. Istiadat pengebumian jenazah Almarhum baginda akan diadakan lusa selepas solat Asar. Pelantikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru akan diumumkan sebelum jenazah Almarhum Tuanku Ja’afar disemadikan di makam diraja Seri.

No comments: