Siapa kelab teratas pada pertengahan musim Liga Perdana Inggeris (EPL) bakal ditentukan di antara Liverpool dan Chelsea, hari ini. Liverpool bakal menyudahkan saingan 2008 di tangga teratas liga andai barisan pimpinan Rafael Benitez dapat menewaskan Newcastle. Namun, barisan bergelar The Reds itu sedar betapa sebarang kemerosotan akan dihukum pesaing terdekat, Chelsea yang hanya satu mata di belakang dan akan berdepan Fulham di gelanggang lawan.
Chelsea menambah tekanan kepada pendahulu itu selepas menewaskan pasukan tangga terbawah, West Bromwich Albion 2-0 dan menerajui liga buat beberapa jam, kelmarin. Liverpool gagal untuk muncul jagoan bola sepak England sejak 1990.
Penyandang juara, United memenangi perlawanan domestik pertama sejak menjuarai Piala Kelab Dunia di Jepun, kekal tujuh mata di belakang pendahulu kelmarin, dengan dua perlawanan dalam tangan selepas menewaskan Stoke City 1-0 di tempat lawan.
Namun begitu ia adalah waktu sukar buat satu lagi pasukan 'Big Four', Arsenal yang mensia-siakan dua gol pendahuluan di masa kecederaan sebelum seri 2-2 di tempat lawan kepada Aston Villa yang membolehkan pasukan Midland itu mengekalkan kedudukan di tempat keempat.
- Berita Harian, 28 Disember 2008
No comments:
Post a Comment