Sunday, December 21, 2008

FIFA Club World Cup: Manchester United Juara!

21 Disember 2008. Manchester United menjadi kelab Inggeris pertama yang memenangi piala ini dalam format baru dengan menewaskan LDU Quito 1-0 hasil jaringan cantik Wayne Rooney. Rooney yang mendapat hantaran daripada Ronaldo serta-merta melencongkan bola tersebut melalui belakang salah seorang pemain lawan yang mungkin mengganggu penglihatan penjaga gol sehingga dia gagal menepis keluar bola. Aku rasa sahabat aku Pak Din mesti berpuas hati walaupun yang menang ialah MU dan bukannya pasukan pujaan dia sekeluarga iaitu Arsenal. Ini disebabkan MU tidak berjaya menewaskan Arsenal dalam tournement ini. Memang hebat pasukan Arsenal...hebat, hebat!! Pak Din tulis dalam blog dia I don't mind if Arsenal did't win the EPL as long as they are not beaten by the three big clubs (Chelsea, ManU & Liverpool) di bawah entri Arsenal vs Liverpool. Opppssss....silap, sepatutnya ayat kat atas tu bukannya tidak berjaya menewaskan tapi tidak berpeluang menewaskan. Nak tau kenapa? Hehehe sebab Arsenal tak layak masuk tournement ini. Jangan marah Pak Din....gurau jer.

3 comments:

Pak Din said...

Tahniah MU menang lagi satu piala. Esok kalau Arsenal berjaya tewaskan Liverpool gambar yang terdapat dalam NST akan di"upload" ke dalam blog.

Sukimin said...

amboi ganasnya.... sebenarnya MU pun berharap Arsenal tewaskan Pool. Gud luck Pak Din!

Sukimin said...

Hmmm....setelah Arsenal seri dgn Pool 1 sama, tengah tunggu jadi ke Pak Din upload gambar dari NST yang dia kata tu......