Thursday, December 25, 2008

Projek Bumi Hijau

Biasanya Krismas dikaitkan dengan warna hijau dan merah. Sempena Hari Krismas tahun ini entah tak semena-mena kita orang boleh terbuat projek bumi hijau lak!

Sebenarnya kita orang berangan nak tanam sayur sejak bulan puasa lagi. Masa tu lecturer aku Dr. Love bercerita yang dia tanam pokok sayur kat belakang rumah. Senang kata dia, bila nak masak buka pintu belakang terus aje petik fresh2. Sejak itu kita berdua memang dah pasang niat cuma tak terlaksana aje.

Baru-baru ni masa visit rumah kawan sekolah lama aku (mini gathering), Arbakariya kat Taman Bukit Serdang seronok lak tengok rumah dia penuh dengan pokok-pokok bunga dan sayuran. Lepas daripada tu timbul balik anganan kita orang berdua tapi masih tak buat apa-apa pun.

Entah macam mana tadi masa beli groceries dan almari buku kat Giant tetiba orang rumah aku capai benih sayur, kemudian capai tanah & baja, melarat ke pasu dan akhirnya alat berkebun. Aku beri semangat aje.... dia beli baja & tanah 1 beg aku suruh tambah 3 lagi dan sekampit benih rumput.

Tak cukup kat situ, kita orang sambung beli pulak pokok-pokok bunga kat nursery luar Giant - habis RM100! Bila dah balik kita orang mulakan operasi...alamak tak cukup tanah bakar. Pergi lagi ke nursery tu dan beli 4 kampit tanah merah dan 2 kampit tanah hitam - RM10 je.
Sebelum

Selepas

Akhirnya kita orang sempat siapkan bahagian depan rumah - susun pokok2 bunga, menggembur dan tanam rumput halus. Kat belakang rumah pulak aku dapat buat 2 batas dan orang rumah aku tanamnya dengan sayur. Orang rumah aku tanam sayur apa eh? Lupa lak aku. Setahu aku dia beli 3 jenis benih sayur tapi baru tanam 2 aje.....

Harap2 tangan kita orang tak panas sebab orang tua2 kata kalau tangan kita panas memang susah nak menjadi kalau kita tanam sayur/pokok. Mudah2an kita orang dapat makan berlaukkan sayur yang ditanam sendiri. Kalau ada lebih bolehlah beri pada member2....

1 comment:

Sukimin said...

baja - 3 kampit x RM2.88
Multipurpose potting 2 x RM4.89
Gardening Set RM7.99
Seed 3 x RM1.99
Bermuda Grass Seed RM13.89
Baba planter box RM18.99