Tuesday, December 23, 2008

EPL: Peluang Terhidang Kali Kedua

Dengan keputusan yang melibatkan perlawanan dua pasukan teratas, Liverpool dan Chelsea seri telah membuka peluang kali kedua untuk MU merapatkan jarak matanya dengan kedua pasukan tersebut. Liverpool terikat 1-1 dengan Arsenal di Anfield sementara Chelsea pula seri 0-0 di Goodison Park dengan Everton. Liverpool masih mengungguli dengan 39 mata diikuti oleh Chelsea 38 mata. MU di tempat keempat dengan 32 mata namun masih berbaki 2 perlawanan. Minggu lepas juga peluang yang sama terhidang, namun MU gagal memanfaatkannya apabila sekadar seri walaupun mereka bermain selepas kedua-dua pasukan tersebut menamatkan permainan.

2 comments:

Pak Din said...

Sila buka http://zydean.blogspot.com/2008/12/arsenal-vs-liverpool.html
untuk lihat "pertempuran" Arsenal- Liverpool. Perhatian khusus perlu ditumpukan ke penjuru kiri-bawah.
A picture tells a thousand words.

Sukimin said...

hmmm....gambar tu memang salah satu cara yang baik untuk merelease stress terutama kepada penyokong gunners memandangkan the gunner dah semakin jauh dari piala juara.....hehe jangan marah pak din