Awal pagi tadi sambil aku buat posting aku sempat curi-curi tengok cerita Pendekar Bujang Lapok kat saluran Astro. Banyak kali dah tengok, tapi lawak dia masih lagi mencuit hati walaupun kekadang lawak tu bercorak slapstik. Antara dialog yang menjadi gurauan ramai ialah pasal mambang, jin pakai toncit, "Eh, eh, eh, eh, eh... Hujan... Aini.. angkat kain jemuran.....hujan dah turun ", 'Memang muka saya tak lawa sekarang, nanti bila balik saya bubuh bedak baru cantik' dan yang paling kerap digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat dan latar belakang profesion ialah 'Cobaan'.
Pagi ni bila aku hantar orang rumah ke muka pintu untuk dia ke pejabat, kedua-dua kita orang ternampak kesan kuisan kucing di tanah yang kita orang tanam rumput. Ah sudah! Memang kawasan tu sebelum ni jadi kawasan kucing tu melepaskan hajat besar dia. Hmmmm..... dalam posting semalam aku nak tulis akan kerisauan mengenai hal ini tapi tak jadi sebab takut kucing tu baca posting tu dia kecik hati dan membalas dendam melepaskan hajat dia merata-rata di situ (eh, gurau je la). Akupun terus berkata pada orang rumah aku 'Cobaan'. Lepas di apergi kerja aku ratakan balik tanah tu tapi tak nampak 'baja asli' peninggalan kucing tu. Agaknya dia saja aje kot gurau-gurau. Atau sebenarnya ada tapi aku tak perasan.
Kat ofis aku sibuk sikit. Tak sempat baca SMS apatah lagi menjengah blog. Bila ada free sikit, rupa2nya aku ada terima SMS dari adik ipar aku.... Dia tulis 'Berkebun yer bang...Huakakaka....'. Hmmmm...kurang asam betullah adik ipar aku ni. Sekali lagi aku berkata dalam diri aku 'Cobaan......'
No comments:
Post a Comment