Wednesday, December 31, 2008

Dinner kat Rumah Member

Gambar ni aku ambik dari koleksi Mimbar. Dari kiri ke kanan: Md. Nor, Razid, Rahman, Usop, Mimbar, Fuad, Aku dan Bakariya. Gambar diambil oleh Fuad anak sulung Bakariya.

KLIA

Dalam 20000 poin enrich aku akan expired esok. So bila sedar tadi, aku dengan orang rumah segera ke KLIA untuk redeem. Sementara menunggu turn, kebetulan ada wi-fi free, maka sempatlah aku buat posting ni... dalam

Mesyuarat ...

Hari ini aku bermesyuarat dengan semua guru2. Panjang giler sebab ada banyak benda baru. Antara isu hangat ialah bayaran wajib. Mula2 beritau jangan kutip sehingga bulan 4 tapi smlm suruh kutip portion insuran pulak awal pembukaan sekolah ni. So kelam-kabut kena prepare tentang perkara luar jangkaan. Dah tentu2 kena komplen dr parent pasal dah 3 kali tukar tentang bayaran ni. Apa boleh buat...'Saya yang menurut perintah'.

Pokok Bunga

Salah satu drp pokok bunga layu. Org rumah aku agak sebab tupai buang air kat situ. Entahlah

Dania Warded

Mertua Datang Umah

Tuesday, December 30, 2008

Meeting Pengurusan 4/2008

Pagi ini aku bermesyuarat di KBU International College, Damansara. Gambar menunjukkan Hj. Kamaruzaman Yahya dan Pn. Ng sedang berbincang over the breakfast.

Monday, December 29, 2008

Liverpool kekal mendahului liga

Dengan kemenangan 5 - 1 ke atas Newcastle, Liverpool semakin menjarakkan mata daripada Chelsea apabila pesaing rapatnya itu sekadar seri dengan Fulham 2 - 2. MU dan Aston Villa tidak bermain sementara Arsenal agak bernasib baik berjaya mengalahkan Portsmouth 1 - 0 jaringan oleh bekas kapten pasukan yang dilucutkan William Gallas.

Dua Tarikh Hijrah Berbeza Pada Hari Yang Sama

Kedua-dua akhbar utama Bahasa Malaysia meletakkan tarikh hijrah yang berbeza pada tarikh masehi yang sama (29 Disember 2008). Tarikh pada Utusan Malaysia 2 Muharam 1430 sementara di Berita Harian pula ialah 1 Muharam 1430.
Hmmmm.....hairan juga kan. Dalam negara yang sama tapi macam mana tarikhnya tak sama. Agak-agaknya printed versionnya juga berbeza ke?

Sunday, December 28, 2008

EPL: Liverpool, Chelsea sama ghairah

Siapa kelab teratas pada pertengahan musim Liga Perdana Inggeris (EPL) bakal ditentukan di antara Liverpool dan Chelsea, hari ini. Liverpool bakal menyudahkan saingan 2008 di tangga teratas liga andai barisan pimpinan Rafael Benitez dapat menewaskan Newcastle. Namun, barisan bergelar The Reds itu sedar betapa sebarang kemerosotan akan dihukum pesaing terdekat, Chelsea yang hanya satu mata di belakang dan akan berdepan Fulham di gelanggang lawan.
Chelsea menambah tekanan kepada pendahulu itu selepas menewaskan pasukan tangga terbawah, West Bromwich Albion 2-0 dan menerajui liga buat beberapa jam, kelmarin. Liverpool gagal untuk muncul jagoan bola sepak England sejak 1990.
Penyandang juara, United memenangi perlawanan domestik pertama sejak menjuarai Piala Kelab Dunia di Jepun, kekal tujuh mata di belakang pendahulu kelmarin, dengan dua perlawanan dalam tangan selepas menewaskan Stoke City 1-0 di tempat lawan.
Namun begitu ia adalah waktu sukar buat satu lagi pasukan 'Big Four', Arsenal yang mensia-siakan dua gol pendahuluan di masa kecederaan sebelum seri 2-2 di tempat lawan kepada Aston Villa yang membolehkan pasukan Midland itu mengekalkan kedudukan di tempat keempat.
- Berita Harian, 28 Disember 2008

Selamat Menyambut Maal Hijrah

Hari ini 30 Zulhijah 1429 merupakan hari terakhir dalam tahun hijrah 1429. Mulai esok umat Islam akan menyambut Tahun Barunya 1 Muharram 1430. Di kesempatan ini aku mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah kepada semua.

Saturday, December 27, 2008

Dinner kat Kelab Shah Alam

Aku dengan semua famili orang rumah aku dinner kat sini. Along yang belanja kita orang. Terima kasih Along. Jangan lupa 5 Jan nanti ....birthday angah!

27.12.08 (Sabtu): Tuanku Ja’afar mangkat

YANG Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban pada pukul 11.45 pagi tadi dalam usia 86 tahun.
Jenazah Almarhum baginda ditempatkan di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk penghormatan terakhir daripada kerabat diraja, pemimpin dan orang ramai. Istiadat pengebumian jenazah Almarhum baginda akan diadakan lusa selepas solat Asar. Pelantikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru akan diumumkan sebelum jenazah Almarhum Tuanku Ja’afar disemadikan di makam diraja Seri.

Hari ini 27 Disember 2008.

Hari ini aku ada mesyuarat kurikulum. Masa break kebetulan Member telefon ajak dinner kat rumah dia malam Tahun Baru.
Bila balik rumah aku tengok orang rumah aku rupa2nya sibuk melukis. Tak tahu lak dia ni ada bakat.
Tadi jap sempat aku SMS ucap Hepi Birthday pada member lama aku Noorsham Yusof

Friday, December 26, 2008

MU Tengah Lawan Stoke City

Dah masuk minit ke-20, kedudukan masih seri kosong, kosong. MU berjersi biru. Aku mula-mula tengok kat rumah, berpindah tengok kat kedai mamak pulak dan akhirnya balik semula tengok kat rumah.....pun masih tak gol, gol. Stress!!!!!!! Yahooo! Akhirnya Tevez memecahkan kebuntuan dengan menjaringkan gol pada minit ke-84. Ya beda bedu! MU boleh main otek-otek lak dalam masa tambahan 4 minit...... Petikan laporan dari Laman Web MU (http://www.manutd.com/default.sps?pagegid=%7B3165B97F%2D681E%2D4B39%2DBE53%2D94EC9521C3DA%7D&newsid=6624437) Late-goal specialist Carlos Tevez made it a merry Christmas for United, giving the champions all three points in the Potteries with an 83rd-minute winner. The vital breakthrough goal was created by Dimitar Berbatov, sent on as a substitute as Sir Alex Ferguson strived to avoid another costly stalemate with title rivals Chelsea heading for a home victory against West Brom.

Aku minum2 dengan Kamarudin kat Ehsan

Lepas sembahyang Jumaat aku rasa dahaga sangat. Mungkin disebabkan cuaca yang agak panas. Jadi sebelum sampai ke ofis aku singgah jap ke kedai mamak kat BK3, Al Ehsan. Masa berjalan dari kereta ke kedai, terserempak pulak dengan jiran aku Kamarudin, GB Bukit Kuchai. So bersembanglah sementara dia lunch dan aku minum.

Pendekar Bujang Lapok: Cobaan

Awal pagi tadi sambil aku buat posting aku sempat curi-curi tengok cerita Pendekar Bujang Lapok kat saluran Astro. Banyak kali dah tengok, tapi lawak dia masih lagi mencuit hati walaupun kekadang lawak tu bercorak slapstik. Antara dialog yang menjadi gurauan ramai ialah pasal mambang, jin pakai toncit, "Eh, eh, eh, eh, eh... Hujan... Aini.. angkat kain jemuran.....hujan dah turun ", 'Memang muka saya tak lawa sekarang, nanti bila balik saya bubuh bedak baru cantik' dan yang paling kerap digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat dan latar belakang profesion ialah 'Cobaan'.
Pagi ni bila aku hantar orang rumah ke muka pintu untuk dia ke pejabat, kedua-dua kita orang ternampak kesan kuisan kucing di tanah yang kita orang tanam rumput. Ah sudah! Memang kawasan tu sebelum ni jadi kawasan kucing tu melepaskan hajat besar dia. Hmmmm..... dalam posting semalam aku nak tulis akan kerisauan mengenai hal ini tapi tak jadi sebab takut kucing tu baca posting tu dia kecik hati dan membalas dendam melepaskan hajat dia merata-rata di situ (eh, gurau je la). Akupun terus berkata pada orang rumah aku 'Cobaan'. Lepas di apergi kerja aku ratakan balik tanah tu tapi tak nampak 'baja asli' peninggalan kucing tu. Agaknya dia saja aje kot gurau-gurau. Atau sebenarnya ada tapi aku tak perasan.
Kat ofis aku sibuk sikit. Tak sempat baca SMS apatah lagi menjengah blog. Bila ada free sikit, rupa2nya aku ada terima SMS dari adik ipar aku.... Dia tulis 'Berkebun yer bang...Huakakaka....'. Hmmmm...kurang asam betullah adik ipar aku ni. Sekali lagi aku berkata dalam diri aku 'Cobaan......'

EPL: MU menyambung cabaran

Mat Salleh ni walaupun hari ini hari raya dia orang, tapi very commited pada tugas dan tanggungjawab. Berlatih semasa Krismas dan berlawan keesokkan harinya. Itulah profesional namanya.
Ini ialah jadual perlawanan sehari selepas mereka menyambut Krismas: Stoke City v Man Utd 12:45 Chelsea v WBA 13:00 Portsmouth v West Ham Utd 13:00 Tottenham v Fulham 13:00 Liverpool v Bolton 15:00 Manchester City v Hull City 15:00 Middlesbrough v Everton 15:00 Sunderland v Blackburn 15:00 Wigan Athletic v Newcastle 15:00 Aston Villa v Arsenal 17:15 Aku rasa insaAllah tak ada masalah untuk MU mengalahkan Stoke City namun kemungkinan sebaliknya tetap ada. Macam yang Sir Alex Ferguson cakap masa berita tadi bahawa Stoke ni di kelompok bawah dan kerap mengejutkan kelab atasan. Tambahan lak mereka agak terdesak untuk menjarakkan diri dari zon relegation. Semoga kejayaan menjuarai Piala Kelab Dunia FIFA dapat membakar semangat pemain MU.....
Satu lagi game yang menarik pada aku ialah antara Ason Villa dengan Arsenal (pasukan pujaan Pak Din sekeluarga). Ini memandangkan prestasi Aston Villa yang sedang meningkat di samping berlaku sebaliknya pada paukan Arsenal. Ini terbukti apabila Aston Villa menduduki tangga ketiga. Mereka sudah pasti mengharapkan Liverpool dan Chelsea kecundang walaupun peluang tu agak tipis. Namun kedua pasukan teratas tersebut akan bermain dua perlawanan dalam tempoh 3 hari. Mungkinkah ini bakal menjejaskan mereka? Tunggu dan lihat!

Thursday, December 25, 2008

Projek Bumi Hijau

Biasanya Krismas dikaitkan dengan warna hijau dan merah. Sempena Hari Krismas tahun ini entah tak semena-mena kita orang boleh terbuat projek bumi hijau lak!

Sebenarnya kita orang berangan nak tanam sayur sejak bulan puasa lagi. Masa tu lecturer aku Dr. Love bercerita yang dia tanam pokok sayur kat belakang rumah. Senang kata dia, bila nak masak buka pintu belakang terus aje petik fresh2. Sejak itu kita berdua memang dah pasang niat cuma tak terlaksana aje.

Baru-baru ni masa visit rumah kawan sekolah lama aku (mini gathering), Arbakariya kat Taman Bukit Serdang seronok lak tengok rumah dia penuh dengan pokok-pokok bunga dan sayuran. Lepas daripada tu timbul balik anganan kita orang berdua tapi masih tak buat apa-apa pun.

Entah macam mana tadi masa beli groceries dan almari buku kat Giant tetiba orang rumah aku capai benih sayur, kemudian capai tanah & baja, melarat ke pasu dan akhirnya alat berkebun. Aku beri semangat aje.... dia beli baja & tanah 1 beg aku suruh tambah 3 lagi dan sekampit benih rumput.

Tak cukup kat situ, kita orang sambung beli pulak pokok-pokok bunga kat nursery luar Giant - habis RM100! Bila dah balik kita orang mulakan operasi...alamak tak cukup tanah bakar. Pergi lagi ke nursery tu dan beli 4 kampit tanah merah dan 2 kampit tanah hitam - RM10 je.
Sebelum

Selepas

Akhirnya kita orang sempat siapkan bahagian depan rumah - susun pokok2 bunga, menggembur dan tanam rumput halus. Kat belakang rumah pulak aku dapat buat 2 batas dan orang rumah aku tanamnya dengan sayur. Orang rumah aku tanam sayur apa eh? Lupa lak aku. Setahu aku dia beli 3 jenis benih sayur tapi baru tanam 2 aje.....

Harap2 tangan kita orang tak panas sebab orang tua2 kata kalau tangan kita panas memang susah nak menjadi kalau kita tanam sayur/pokok. Mudah2an kita orang dapat makan berlaukkan sayur yang ditanam sendiri. Kalau ada lebih bolehlah beri pada member2....

25.12.08: Diari Hari Ini

Pagi-pagi lagi aku pasang semula PC yang aku baraikan tempoh hari setelah semuanya OK. Sementara itu aku dengar kat dapur bunyi macam orang rumah aku tengah masak sesuatu - memang betu! Dia masak spagheti. Lepas breakfast spagheti, aku temankan orang rumah aku pergi overtime. Jumpa member2 lama.......antaranya Arbain, Saifudin dan Zulbahari.
Selesai kat situ, kita orang pergi lunch kat food court Presint 9. Terserempak dengan bekas guru aku dulu (masa di Telok Pulai, Klang) dengan suaminya. Rupa2nya dia sekarang dah jadi PK kat SK Putrajaya Presint 18 Fasa 1. Kat situ kita orang makan nasi ayam dan sempat beli apam balik nipis untuk minum petang.
On the way balik, sempat round kawasan rumah baru kat Taman Puncak Jalil. Kemudian langsung ke Giant Kinrara untuk beli groceries, almari buku dan benih pokok & alatan menanam. Turun dari Giant singgah beli lagi pokok kat nursery. Balik kita orang mula menanam. Bila dah hujung-hujung tu, hujan turun lak.....macam perli kita orang je, haha.
Lepas maghrib aku kemas dan susun semula bilik bawah sebab nak masukkan almari buku. Sebab penat sangat, nak masak kesian lak tengok orang rumah aku. Nak keluar ke kedai mamak malas lak. Akhirnya order pizza je....

Kerja Dalam Blackout Power Supply

Wednesday, December 24, 2008

Esok Hari Krismas...

Di kesempatan ini aku mengucapkan Selamat Hari Natal kepada penganut agama Kristian yang mengenali aku.....

Tuesday, December 23, 2008

EPL: Peluang Terhidang Kali Kedua

Dengan keputusan yang melibatkan perlawanan dua pasukan teratas, Liverpool dan Chelsea seri telah membuka peluang kali kedua untuk MU merapatkan jarak matanya dengan kedua pasukan tersebut. Liverpool terikat 1-1 dengan Arsenal di Anfield sementara Chelsea pula seri 0-0 di Goodison Park dengan Everton. Liverpool masih mengungguli dengan 39 mata diikuti oleh Chelsea 38 mata. MU di tempat keempat dengan 32 mata namun masih berbaki 2 perlawanan. Minggu lepas juga peluang yang sama terhidang, namun MU gagal memanfaatkannya apabila sekadar seri walaupun mereka bermain selepas kedua-dua pasukan tersebut menamatkan permainan.

Sunday, December 21, 2008

21.12.08 Diari Hari Ini

MU juara!
Lawat Maisara Majlis Perkahwinan di Putrajaya
Bersama emak dan bapa pengantin
Berama Dato' Salleh Husein
Kamisan, Fuad, Member, Arbakariya, Syed Bakar, Syed Mohamad
Azhari, Aku dan Mohd. Khir
Menjamu selera
Mula-mula aku dengan orang rumah aku ke Mini Gathering di rumah Prof. Dr. Arbakariya Arif kat Desa Serdang. Yang hadir ke situ ialah Syed Bakar, isteri & anak, Md. Khir, isteri & anak, Member, Fuad, Syed Mohamad, Kamisan dan Azhari.
Habis kat situ aku dan isteri terus ke Dewan Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya menghadiri majlis perkahwinan ex-office mate aku Maznon. Jumpa Dato Salleh kat situ.
Selepas itu kita orang menziarahi baby Hazamimi kat blok 12A2, Presint 9.
Malam Manchester United menjuarai Piala Juara Kelab Dunia