Tuesday, November 25, 2008

Stress - Kawal Sampai Jadi Reward

Semalam masa aku balik dari UKM, aku ikut BESRAYA tapi terlajak untuk belok ke simpang masuk ke Seri Kembangan/South City Plaza. Bila terlepas simpang ni memang stress habislah aku sebab tak pasal-pasal kena bayar tol dan laluannya jauh sikit lak tu - kira macam sudah jatuh ditimpa tanggalah. Sekurang-kurangnya ini kali ketiga terlepas simpang tu.
Untuk mengelakkan dari aku stress tak pasal-pasal, aku terus memikirkan apa yang aku boleh beli, pergi atau buat di laluan yang aku terlajak tu agar sekurang-kurangnya seolah-olah aku memang sengaja nak ke situ. Dalam memerah otak tu tetiba aku teringat kawan aku si Hazmen (BTMK) pernah kata cendol yang paling sedap adalah di Sg. Besi. Apa lagi terus aku kol dia dan dia beri instruction lokasi kedai tu. Berpusing-pusing jugalah aku dibuatnya. Dalam sembang-sembang sementara mencari lokasi gerai tu, si Hazmen kata cendol tu akan jadi lebih sedap kalau aku bawak dia sekali (kurag asam punya kawan). Akhirnya jumpa juga aku gerai cendol yang dimaksudkan di Jalan Suasa. Hmmm... memang sedap. Gula merah dia akan sukat dalam cawan khas, bukan main tuang agak-agak aje. Untuk Hazmen aku dah beli bungkus untuk dia. Dia ni memang partner aku minum cendol masa aku kat blok E2 dulu - setiap Jumaat ada jual cendol kat tepi E3.

5 comments:

Pak Din said...

Ajaklah kekawan lain apabila jangka nak terlajak lagi, mesti lebih-lebih-lebih sedap cendol tu ....

Sukimin said...

hehe ye ke aku ni kaki makan? kau ni member memang betul2 concern & konsisten pasal pantang orang rumah aku - terima kasih. insya allah aku nak ajak dia cuba makan kat tempat yang kau rekomenkan tu. dan untuk jadikan dia bertambah-tambah sedap boleh ajak pak din sekali...hehe pak din ni pandai ler amik kesempatan

Azida said...

Salam. Min, cendol di Sg Besi tu memang best... tempat kami dari muda sampai la ni. Cuma now jarang pergi sebab terlalu ramai pembeli...malas nak tunggu

Sukimin said...

maknanya memang terkenallah cendol tu ya azida. memang sedappun dan kalau macam tu lain kali boleh sengaja terlajak simpang naik ke seri kembangan tu...haha

Azida said...

Salam. Lain kali kalau minum cendol tu ... singgah2 la rumah... Bawa cendol sekali hehehehe...