Kegembiraan yang dikongsi oleh aku sekeluarga hanya sementara sahaja apabila semalam (10 Nov 2008) Dr. Sheela memaklumkan secara rasmi bahawa bakal anak aku yang keempat telah gugur. Lantas terus diatur temujanji untuk orang rumah aku menjalani D&C (Dilation (dilatation) and curettage) pada hari Rabu. Doktor memaklumkan andainya berlaku sebarang pendarahan segeralah ke klinik. Sepanjang perjalanan balik dari Klang ke Kinrara orang rumah aku menangis kesedihan. Irfan cuba memujuk uminya dengan mengatakan 'Jangan nangis umi, nanti baby dalam perut sedih'. So innocent dia.... Memang kita berdua tidak menceritakan hal sebenar kepadanya.
Malam itu setelah kita berdua berbincang, keputusan dibuat agar D&C dilakukan esoknya sahaja. Jadi malam itu orang rumah aku berpuasa mulai jam 12 tengah malam seperti yang diarahkan dan pada jam 6 pagi menelan 2 biji pil yang diberikan oleh doktor. Selepas menghantar Irfan ke sekolah, kita berdua terus menuju ke Klang. Irfan aku tidak bekalkan dengan pakaian dan beg sekolah KAFAnya kerana bercadang untuk mengambilnya di sekolah pada tengah hari sebelum menguruskan pemergiannya ke KAFA. Namun rupa-rupanya kita check-out dari klinik tersebut kira-kira jam 2.30 petang.
Kandungan tersebut sememangnya semacam ada sedikit masalah sejak kali pertama bertemu dengan doktor untuk membuat pemeriksaan di KPMC pada 2 November yang lalu. Walaupun sudah 7 minggu usianya namun ia tidak kelihatan semasa diimbas. Doktor yang memeriksa memberikan dua kemungkinan iaitu sama ada kelewatan keluar haid ataupun mengandung di luar rahim. Dia memberi dua pilihan untuk mengesahkannya iaitu sama ada menjalani ujian HCG atau datang sekali lagi untuk pemeriksaan berikutnya selepas 2 minggu. Setelah beribincang dengan orang rumah, kita mengambil keputusan untuk datang semula selepas 2 minggu. Namun kegelisahan orang rumah aku dapat aku kesan dan untuk mententeramkannya aku berjanji untuk membawanya ke klinik lain. Esoknya kita orang bertiga ke Klang pula iaitu Klinik Pakar Wanita Sheela Dan Rumah Bersalin. Doktor yang memeriksanya ialah Dr. Hawa dan rupa-rupanya dia kenal aku kerana anak-anaknya adalah anak murid aku semasa aku bertugas di SK Telok Pulai dari tahun 1994 hingga 1999. Dr. Hawa meminta pregnancy test dengan menggunakan urin dilakukan - memang sah pregnant. Namun apabila diimbas juga tidak kelihatan. Lalu doktor melakukan ujian berikutnya dan didapati baby yang dikandung saiznya 2 minggu kecil berbanding usia yang sepatutnya. Doktor memaklumkan mungkin tersilap kira ataupun baby keguguran.
6 comments:
salam minjuk sekeluarga,
Ucapan takziah dr saya sekeluarga.
Setiap perkara yg terjadi dlm hidup kita ada hikmah n rahmat nye.
Redha dgn ape yg berlaku ini nescaya kebahagian menanti anda sekeluarga di hadapan, insyaAllah.
Semoga tidak kecewa atas perkara yang berlaku, sudah ketentuan Allah. Didoakan akan tabah dan berhasil pada masa hadapan. Amin....
PakDin & Anum
Salam Min,
Berserahlah kepada Allah s.w.t dan anggaplah belum ada rezeki lagi. Insya-Allah rezeki anak keempat tu akan datang jua. Bersabar dan hadapi dugaan Allah dengan tenang.
Buat Yani, tabah atas segala dugaanNya.
Terima kasih.
Aku harap engkau tabah menghadapi situasi ini. Aku juga pernah melalui sebanyak dua kali sewaktu kandungan berusia tiga bulan. Memang menyakitkan dan mengecewakan. Yakinlah bahawa setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita mesti ada hikmah disebaliknya.
Terima kasih sahabat! Doa dan perangsang yang kalian berikan amat membenatu kami.
sukimin
tabahkan hati dan sabar mengharungi semua dugaan ini, yang penting lagi pelihara hati isteri kau yang tentu sensitif dan tersentuh sekali.
aku juga numpang terharu
salam
Post a Comment