Saturday, August 30, 2008

Sebentar Lagi Sejarah Bakal Tercipta

Seperti yang dijanjikan beberapa orang dari batch aku di SMSJ akan bertemu di Pelita, Subang Jaya. Semalam batch 1980 dahpun bertemu. Baru jap ni aku telefon Norsham untuk pergi sama-sama. Aku akan jemput dia di rumah anak dia di Putra Perdana jam 8.30 malam. Antara mereka yang mungkin akan muncul ialah Said, Batan, Member, Md. Nor, Mudon,aku dan Norsham. Sharif cancel last minute pasal anak dia balik rumah. Dia kol aku petang tadi. Hmmm... macam manalah rupa dia orang agaknya selepas 30 tahun. Selain itu aku Elham SMS aku beritau dia tak leh datang sebab baru je jalani terapi. Zainudin pun cancel sebab di terpaksa ke Terengganu. Kepada Usop dan lain-lain, insyaAllah aku akan upload muka-muka dia orang dalam blog.

No comments: