Tuesday, August 12, 2008

Alfatihah Buat Arwah Abu Bakar Kornain

Semalam aku terima SMS daripada kawan masa belajar di UPM, Kamal Abd. Rahman yang memaklumkan pemergian schoolmate dan upmmate aku. Dia berkahwin dengan rakan sekelas aku masa tkn 1 hingga tamat belajar di UPM, Rosnah Manan. Terkejut mendengar berita tu. Terus aku forwardkan SMS tu pada rakan2 yang mengenalinya. Dikhabarkan arwah rebah semasa perhimpunan mingguan sekolah dan meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke hospital. Arwah merupakan penolong kanan di sebuah sekolah di Labis. Teringat masa sekolah dulu yang dia ni kaki takraw. Dalam memanjangkan berita seumpama ini, ramai di antara schoolmate/classmate dan upmmate yang dah terputus hubungan bertemu semula di alam sms. Mana agaknya jasmani karimin, jasminah, syed mohamad, syed bakar, ghazali hussin, adnan afandi, saadiah ahmad, latifah saubi, umat salleh, yahya sadikon, zubaidah ahmad, kapten elias othman, dr. arbakaria arif, baja, jamil dll

2 comments:

kembara kelana said...

sukimin
kau antara jambatan penghubung dan penjejak kasih antara kita geng 5M1. Semalam aku sembang dengam member siraj, kami rasa macam nak terbang nak berjumpa, tak terasa aku kat rompin dan member kat shah alam. esok aku call sadiah dan latifah..kami bersembang dan macam adik beradik..dia orang (saadiah dan latifah)masih kutuk aku budak nakal men. anyway dalam masa yang sama simpati pada rosnah manan yang agak special masa sekolah dengan aku...aku pernah call dia dan sembang dgn aruah masa 2004 dulu..
aku akan terus hubungi kawan kawan kita yang lain...kalau ada masa kita jumpa min, latifah harap perjumpaan kita yang pertama di kota melaka..dia kata kota bersejarah...ada logik jugak kan..
tahniah men..kau samalah macam saadiah ada dua pengalaman kawin..
salam
usop muo

kembara kelana said...

men, aku dah buat blog untuk himpun maklumat geng kita..kau panjangkanlah alamat dia
http://alumnismsjohor.blogspot.com/
blog kau pun aku dah link kan kat situ... entri aku yang pertama pasal kau...jadi kau jangan marah tu persepsi aku...pandangan aku lah...hehehehe.. 2nd, aku mintak maaf banyak banyak tak dapat pergi kerumah kau..namun aku cuba, aku kena ceramah perancangan strategik kursus dalam perkhidmatan di SK Keratong 3, allaaa., men member mintak tolong...tengahari habislah..aku try bawak anak isteri aku ke rumah kau kalau sempat..tak sempat...kita jumpa lain kali...kau jaga kesihatan...maklumlah badan dah tua nak jadi orang baru..tadi aku sembang lagi dgn saadiah..tak puas..hehehehe