Lepas selesai di Carrara Market, kita orang bercadang nak ke Factory Outlet di depan Convention Centre. Tapi masa on the way ke sana kita orang ternampak shopping complex Pacific Fair. Orang rumah aku memang teringin nak ke situ sebab nak cari barang di Terry White Chemists. Apa lagi serta-merta aku belok memasuki car park di Pacific Fair ni. GPS mengomel beritahu yang aku dah masuk salah jalan (sebab tadi kita setkan untuk ke Peninsular Drive). Satu lagi yang best kat sini ialah parkingnya semua free (setakat tempat-tempat yang kita orang dah singgah). Di Pacific Fair ini ada Target (macam Jusco la lebih kurang)! Hmmmm....malangnya kebanyakan kedai kat sini dah tutup.
No comments:
Post a Comment