Friday, August 8, 2008

Hari Ini Dalam Sejarah 08.08.08

Tarikh hari ini bakal mencipta sejarah besar. Ramai yang menantikannya. Ada yang menantikannya dengan sabar, ada yang gembira dan tidak kurang ramai juga yang kecewa. Bagi empunya diri sudah pasti berdebar dalam senyuman, dalam kesabaran dan dalam kegetiran. Pelbagai strategi yang digunakan. Bermacam kaedah latihan dijalankan. Baik dari segi fizikal,emosi mahupun mental. Kini tibalah masanya akan terungkai pelbagai pertanyaan dan teka-teki. Itulah Sukan Olimpik - Beijing 2008!Sukan yang menyatukan manusia tanpa batasan. Penduduk seluruh dunia menantikan kehadirannya. Yang terpili mewakili negara masing-masing menjadi satu penghargaan dan kebangaan. Bagi yang gagal melayakkan diri sudah pasti dihimpit kekecewaan. Apatah lagi andainya peluang enpat tahun sekali ini dinafikan oleh faktor-faktor luar jangkaan seperti kecederaan. Mereka yang terpilih, sudah pasti bertungkus-lumus berlatih, berlatih dan berlatih tanpa mengenal jemu.

No comments: