Sunday, August 31, 2008

1978: Next Reunion

Tarikh Cadangan: 13-14 December 2008 Tempat : Prime City Hotel, Kluang Hadir bersama keluarga. Sila buat pengesahan kehadiran dengan menghubungi Said Ahmad 0137474545 sebelum 30 September 2008. Jawapan sama ada hadir atau tidak amat penting bagi melancar urusan penempahan bilik hotel dan dewan.

Nak Nengok Gambo Dia Orang?

Sorry sebab gambar tak clear. Aku sebenarnya bawak kamera Nikon DSLR. Amik gambar bukan main banyak lagi. Sejak dr umah Noorsham lg aku dah mula snap. Apatah lagi masa kat restoran ini terutama di saat ketibaan sorang2 drp mereka yg kbyknnya berkerut dahi meneka antara satu sama lain. Bila kuorum dah cukup, konon nak bergambar reramai. So mintak tolong isteri Md. Khir snapkan. Hmmm...masa tu baru sedar yang rupa-rupanya kad memorinya (SD/MMC) tak ada. Punyalah member2 kutuk aku. Posing2 dan aksi2 blur tadi semuanya tak terakam! So bak kata pepatah, kalau tak ada rotan akar pun berguna - aku guna Nokia E51 aku dan Member guna Olympus digital camera dia sebagai pengganti.
Member, Said dan Noorsham

Batan dan Vijayan

Mudon (sukanya dia) dan Batan (sekali imbas macam Faizal Ismail HotFM)
Noorsham
Member Mohd. Khir Mohd. Nor

Vijayan, Said, Mudon, Batan dan Member

Nostalgia 30 Tahun

Aku baru je sampai rumah lepas hantar Noorsham ke Putra Perdana. Lapar (setengah) giler rupanya. Tadi masa berborak tak sedarpun lapar. Cuma makan roti bom je dengan 1 teh halia dan 2/3 kopi O (punyalah seronok sampai tak ingat berapa gelas dah minum). Ni sekarang aku tengah makan beehoon goreng mamak. Masa beli td (lepas hantar Noorsham), Arsenal baru je score 3rd goal. 9 orang yg datang - Member, Md. Khir, Md. Nor, Noorsham, Mudon, Vijayan, Said, Batan dan aku. Macam-macam yang kita orang borakkan. Bayangkan dari pukul 9 sampai 1 lebih (menyambut merdeka kat situ je) rasa macam 5 minit jer.... Dalam ramai-ramai yang datang tu, Mohd. Khir la juara sebab semua yang hadir tak kenal dia. Dia dah tinggi sekarang! Memang terkejut betul semua orang sebab dulu kalau kita tengok dia, dia kena dongak, kita kena tunduk....tapi sekarang dah terbalik - tinggi betul lah dia. Seronok giler...

Saturday, August 30, 2008

Sebentar Lagi Sejarah Bakal Tercipta

Seperti yang dijanjikan beberapa orang dari batch aku di SMSJ akan bertemu di Pelita, Subang Jaya. Semalam batch 1980 dahpun bertemu. Baru jap ni aku telefon Norsham untuk pergi sama-sama. Aku akan jemput dia di rumah anak dia di Putra Perdana jam 8.30 malam. Antara mereka yang mungkin akan muncul ialah Said, Batan, Member, Md. Nor, Mudon,aku dan Norsham. Sharif cancel last minute pasal anak dia balik rumah. Dia kol aku petang tadi. Hmmm... macam manalah rupa dia orang agaknya selepas 30 tahun. Selain itu aku Elham SMS aku beritau dia tak leh datang sebab baru je jalani terapi. Zainudin pun cancel sebab di terpaksa ke Terengganu. Kepada Usop dan lain-lain, insyaAllah aku akan upload muka-muka dia orang dalam blog.

Thursday, August 28, 2008

Majlis Solat Hajat

Malam ni akan diadakan majlis solat hajat dan bacaan yasin. Cadang dibuat di kawasan terbuka tapi hari dah mendung. Hujan pun rintik2 dah turun on off

Mini Reunion SPM/MCE 1978 SAJOHA

Norsham kawan setingkatan dulu emel ke yahoo group mintak aku aturkan perjumpaan hujung minggu ni. Dia ada kol aku masa aku kat Gold Coast lagi tapi tak sempat beritahu sebab maklumlah bil mahal. Tadi siang bila aku baca emel dia baru aku tahu apa yang dia nak sampaikan. So kebetulan dalam emel tu ada junior kita orang SPM 1980 yang juga bercadang buat gathering. Dia orang cadangkan pada Jumaat malam Sabtu kat Pelita di belakang masjid yang berdekatan dengan Subang Parade. Aku malam tadi pergi cari restoran Pelita tu - memang senang cari. Semasa dalam perjalanan aku SMS semua member yang ada no hp dia pada aku. Setakat ni yang dah jawab ialah:
InsyaAllah hadir - Member (ni memang nama dia betul) b. Hj. Sirat, Norsham, Zainudin Ahmad, Said Ahmad,Mohd. Nor Maaros, Batan
Yang tak dapat hadir - Jamil Sien, Aini Saleho, Rosnah Manan, Yusof Mohamad, Sukor Atan, Razif Yahya, Januri Kadeni, Sha'ri Yusof, Latifah Saubi, Bagio, Mukhlis
So confirm maklumat mengenainya ialah:
Lokasi - Resoran Pelita (Subang Jaya)
Tarikh - 30 Ogos 2008 (Sabtu)
Masa - 8.30 malam

Wednesday, August 27, 2008

Lepas rindu makan

Semalam sebaik sampai rumah, kita orang terus keluar cari makan. Masing2 rindu pada nasi! Sanggup drive dari Kinrara ke Saujana Puchong (kat rumah lama aku) semata2 nak makan ayam goreng kunyit, daging masak merah, kangkung goreng, telur dadar, sup sayur. Hmmm...sedapnyer! Gambar ni anak2 aku tgh makan nasi lemak kat umah hari ni.

Hari ini org rumah aku masak

Menu hari ini ialah nasi lemak, sambal sotöng, udang goreng, kangkung rebus, telur pindang dan bilis goreng.

Tambang Teksi

Hari tu balik dr Bali baru RM57+ tapi semalam aku kena RM77.30! Org yg bwk tu slang dia ckp mcm jawa tapi pemilihan perkataan yg digunakan adalah perkataan Indon. Tiap kali ada polis dia akan bwk teramat cermat.

Hantar Syam Balik Asrama

Jap lagi nak hantar Syam balik asrama dia di SSP. Dia kata nak sampai sana kul 1.45 ptg so bermakna aku kena bertolak dari rumah dalam kul 1.15. Ini update malam (selepas hantar dia siang tadi) Hmmm... tapi rupa-rupanya lewat juga keluar (1.48 pm rasanya) pasal printer aku meragam waktu Syam nak print assignment dia dan sampai asrama ia dalam kul 2.15.

Tuesday, August 26, 2008

Perjalanan pulang yang membosankan

Flight 8 jam memang memenatkan apa tah lagi bila zon masanya berbeza. Beza masa gold coast dgn msia -2 jam menyebabkan aku kena bangun pukul 2.45 pg (wkt msia, sana kul 4.45 pg). Bila smp msia kul 3 lebih, smp umah dekat kul 5 ptg. Keadaan dlm flight lak tak selesa nak tidur jadi bila dah smp sini mengantuknya bukan main. Inilah dia jet lag! Aku teringat masa gi u.s. thn 2000 - lagi worst (rasanya yg g thn 2006 tak teruk sgt). Masa tu aku 'rugi' 1 hari. Sepanjang perjalanan perut aku tak selesa-banyak angin! Nak tidur tak boleh, nak sembang lak tak susah sebab seat yg aku booking satu row di tengah2nya diambil orang. Aku rasa airasia beri seat tu pd org lain bila anak sulung aku tak ikut. Dahlah seatnya diambik org, meal yg aku byr pun tak dapat! Kos berat bagasi yg aku byr melaui nama dia pun akan burn kalau dia tak ikut fly. Aku rasa tak patut sebab aku tempah ikut pakej 5 org jd patutnya bila 1 org tak ada, apa yg semua aku dah bayar aku berhak dapat! Cuma kos fly shj la yg aku tak boleh dapat semula. Nasib baik berat bagasi aku cuma 26 kg dan aku dah byr utk 30 kg bwh nama aku dan org umah. So tak ada extra caj.

Dah Sampai Malaysia Semula

Kita sampai dalam pukul 3 lebih. Terlalu ramai orang. Bayangkan walaupun 10 kaunter pasport antarabangsa, 2 kaunter pasport malaysia dan 2 autogate dibuka tapi barisannya melimpah sampai ke luar bangunan. Lama beratur untuk melepasi imigresen. Masa nak landing tadi memang terdapat byk kpl trbang air asia kat airport-berbelaslah rasanya. Agaknya semuanya sampai hampir2 serentak.

Bertolak Balik

Flight balik pukul 8.40 pagi, kita orang kena sampai ke tempat sewa kereta pukul 7 pagi untuk membolehkan dia orang sempat menghantar ke airport untuk check in. Kira punya kira, aku kena bertolak dari resort selewat-pukul 6 pagi.
Siap masukkan semua beg dalam kereta GPS ni mabuk sikit. Dia tunjuk jalan jauh sampai kena lalu Pacific Highway. Sedangkan boleh terus ikut Gold Coast Highway. Akhirnya ikut punya ikut GPS tu sampai masuk ke New South Wales sebelum patah balik ke Tugun, kawasan tempat sewa kereta. Gambar ni ialah terowong di highway tu. Akhirnya sampai juga ke tempat sewa kereta. GPS tunjuk jalan berbelit-belit dan akhirnya sampai ke pintu belakang! Transfer ke airport Check in Ruang menunggu Selamat tinggal

Siap Sarapan

Setelah bangun awal, kita orang bersarapan roti bagi mengalas perut sebelum bertolak pulang

Berkemas Balik

Aku bangun pukul 4.45 pagi (2.45 wakt Malaysia). Lepas aku siap aku kejutkan orang rumah kemudian Syam dan last sekali Irfan. Kita bercadang mula bertolak sebelum pukul 6 pagi agar sampai di tempat sewa kereta pukul 7 pagi

Monday, August 25, 2008

Gold Coast Day 3 (25.08.08): Rancangan Hari Ini

Rancangan hari ketiga ni ialah kita orang nak pergi ke Movie World, Bamboo dan Dream World. Hmm... larat ke? Kat sini aku langgan internet akses dari Jimojo. Dia caj AUD12.75 untuk 2 jam. Setalat ni aku dan langgan 4 jam! Sebab itu aku ni banyak offline dari online. Bila dah siap bahan baru aku online dan upload. Kena jimat beb!

Sunday, August 24, 2008

Gold Coast Day 2: The Oasis

Puas bermain di pantai, kita orang cuba-cuba cari shopping centre lagi – jumpa The Oasis.Kat sini parkingnya pun free untuk 3 jam pertama. Dari car park kita orang naik lift dan bila pintu terbuka, betul-betul di depan kedai Terry White Chemists. Kira rezeki la sebab di Pacific Fair tadi ia dah tutup. Tapi kali ni kita sampai betul-betul masa pintunya sedang ditarik oleh seorang staf perempuan untuk ditutup. Masa tu dah dekat pukul 6 petang (4 petang di Malaysia). Aku segera Tanya kot-kot kita orang boleh masuk dan beli barang sekejap aje. Nasib baik dia benarkan. Apa lagi kita berempat terus menyerbu masuk dan memilih barangan yang hendak dibeli. Masa tengah pilih, salah seorang daripada staf situ datang dan mintak kita orang cepat sikit sebab cash register dah nak ditutup (aku rasa). Masing-masing dapat satu barangan termasuk untuk Ira anak aku yang sulung. Lepas bayar dia orang buka pintu khas untuk kita orang keluar.

Gold Coast Day 2: Surfers Paradise

Di belakang ialah Talisman Tower.
Memang cantik pemandangan di sini. Lautnya berombak kuat, anginnya kencang dan sejuk, pasir pantainya bersih serta airnya tidak tercemar.

Gold Coast Day 2: Surfers Paradise

Sebab kat Pacific Fair tak dapat apa-apa kecuali bergambar, kita orang bergegas sambung perjalanan ke Factory Outlet depan Convention Center. Hmm...dah tutup juga. So kita orang buat keputusan untuk terus drive ke pantai. Lepas parking kereta, kita orang berjalan kaki ke arah pantai. Sepanjang-panjang tu banyak apartmen yang dibuka untuk disewa. Antara yang kita lalui ialah Alchemy, Hi-Ho dan Talisman. Rasanya beratus-ratus apartment la yang ada di sepanjang pantai yang panjangnya 57 (entah berapa puluh/ratus) kilometer ni.
Di belakang tu kelihatan mereka yang agak berumur sedang bermain lawn bowl di padang rekreasi Berlatar belakangkan Lautan Pasifik Anginnya kencang dan amat sejuk!

Gold Coast Day 2: Pacific Fair

Lepas selesai di Carrara Market, kita orang bercadang nak ke Factory Outlet di depan Convention Centre. Tapi masa on the way ke sana kita orang ternampak shopping complex Pacific Fair. Orang rumah aku memang teringin nak ke situ sebab nak cari barang di Terry White Chemists. Apa lagi serta-merta aku belok memasuki car park di Pacific Fair ni. GPS mengomel beritahu yang aku dah masuk salah jalan (sebab tadi kita setkan untuk ke Peninsular Drive). Satu lagi yang best kat sini ialah parkingnya semua free (setakat tempat-tempat yang kita orang dah singgah). Di Pacific Fair ini ada Target (macam Jusco la lebih kurang)! Hmmmm....malangnya kebanyakan kedai kat sini dah tutup.
Dalam Pet Shop

Gold Coast Day 2: Carrara Market

Masa tengah sibuk posing kat tepi sungai Nerang, ada satu kereta singgah kat situ. Aku bertanya pada pemandunya macam mana nak ke Carrara Market.
Rupa-rupanya dah tak jauh. Dia terangkan jalan terus akan jumpa simpang belok kanan kemudian belok kiri, jalan terus akan nampak market tu di sebelah kiri.
Memang betul, akhirnya sampai juga kita orang ke Carrara Market. Setelah puas pusing cari souvenir, pada pendapat aku bila aku bandingkan dari segi harga dan keramahan penjualnya, Victoria Market jauh lebih murah dan friendly. Kalau tak percaya tanya Zainudin dan Esa. Dia orang memang ada kenalan di Vic Mart tu (Esa datang kenduri kahwin aku siap pakai topi kangaroo!).

Tengah beli souvenir Jumpa stall kebab untuk lunch Makan kebab

Gold Coast Day 2: Posing di tepi Sungai Nerang

Sungai Nerang ni panjang dan luas kawasan yang diliputinya. Penghujung jalan Peninsular Drive (tempat apartmen yang aku tinggal) juga adalah Sungai Nerang. Seimbas pandang dia macam tasik aje.

Gold Coast: Day 2

Rancangan pagi ini dimulakan dengan pergi ke Carrara Market untuk membeli souvenir. Pn. Norsham (Cyberkids Maxis) yang cadangkan market ni sebab dia kata barangannya murah. Aku terjumpa dia berempat dengan keluarganya masa tengah beratur di imigresen airport Coolongata. Dia SMS beritau market tu kat Nerang River, Jalan Broadbeach. Aku bayangkan market ni agak-agaknya macam Victoria Market di Melbourne yang macam-macam ada dan harganya pun murah.
Sudah siap untuk keluar dari apartmen
Dalam Yaris

Tapi masa nak ke sana , kita orang tersesat walaupun dengan menggunakan bantuan GPS. GPS ni sebenarnya kita kena masukkan nama jalan dan no. lot/rumah/kedai dsb. Oleh sebab kita tak tahu no.nya diapun susah nak guide (dia yang tek reti tunjuk kea tau aku yang tak reti guna). Akhirnya kita orang tersesat.

Orang rumah aku sibuk reset GPS (Irfan tu tolong ker?)

Sempat posing jap kat tepi highway Sungai Nerang (Kualanya di Terengganu - Kuala Nerang)

Sementara orang rumah aku nak reset balik GPS, kebetulan pemandangan kat situ cantik – tepi highway, ada tasik tempat orang memancing, langit yang biru, pemandangan yang saujana. Apa lagi kita orang posing sakanlah.