Usop Mohamad dan Mimbar ada rancangan untuk beraya di rumah Latifah kat Kluang. So dia orang pelawa semua geng-geng yang nak join sama datang pukul 10.30 pagi hari ini di No. 5, Jalan 45B, Taman Kluang Barat. Aku tengah bersiap dengan orang rumah aku nak ke sana. Lepas beraya di situ aku merancang nak ke Sungai Sibol menziarahi mak saudara, Wak Sok kemudian ke rumah adik aku Imah di Kota Tinggi dan akhir sekali ke rumah Busu Jumad di Tiram. Bergambar dengan isteri/suami masing-masing. Dari kiri ke kanan Ibnu & isteri, Member & isteri (Rohaya), Latifah & suami, Usop & isteri, Shukri & isteri, aku & isteri. Azman Wahab istimew duduk seorang di depan kerana dia masih bujang trang tang tang....
Latifah dan keluarga. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi menerima kami beraya. Bukan setakat habiskan makanan tapi juga menyubangkan keriuhan. Maklumlah ada antara kami yang tak pernah berjumpa selama 30 tahun (1978-2008)!
Usop dan keluarga. Terima kasih kerana beri kami seorang satu serunding daging.
Kiri ke kanan: Aku, Ibnu, Member, Usop, Azman, Shukri dan Latifah (duduk) Aku
Aku dahpun berjumpa dan beraya dengan dia orang. Yang datang ke rumah Latifah ialah Usop, Mimbar, Shukri, Ibnu, Azman Wahab (majan) dan aku.
No comments:
Post a Comment