Thursday, October 30, 2008

28.10.08: Dinner @ Kedai Mamak BK4

Mula-mula masing-masing teringin nak makan laksa. Aku dengan laksa Johor sementara orang rumah aku teringin nak makan laksa Penang (hmmm....tentang Irfan ni lak bukan boleh tanya awal nak makan apa). Tapi disebabkan ada tetamu yang datang ke rumah (Sam - wedding photographer kita orang) maka akhirnya pertemuan tu dah agak lewat untuk ke Tesco Puchong mencari laksa. Ada tak ada akhirnya landing kat kedai mamak jer..... Aku makan roti nan dengan Irfan sementara orang rumah aku makan sup ayam. Tapi tengok gambar ni, si Irfan sempat tumpang pekena sup.
Masa Sam datang, rupa-rupanya Zainudin Selamat pun datang ke rumah aku. Bila dia tengok ada tetamu dia tak jadi singgah sebab katanya nak cepat hantar anak dia si Nana balik ke hostel. Dia tinggalkan kupon kat letter box aku je. Sorry Pak Din!
Namun akhirnya semalam tercapai juga niat nak makan laksa kat Tesco tu. Sori tak ada gambar sebab terlupa bawak handphone.

2 comments:

Pak Din said...

Masuk ni dah dua kali lalu jalan potong dari Kinrara ke Pasar Borong dan seterusnya ke Putrajaya. Setakat ini alhamdulillah tak de sesat (terima kasih pelan yang disediakan oleh Minjuk). Cuma belum berani ke Kinrara/Puchung lalu jalan tu sebab masih tak biasa. Orang kata kena 21 ulangan baru boleh hafal.....

Sukimin said...

sebenarnya lebih mudah dari pasar borong ke kinrara berbanding sebaliknya.
hmmm....kalau nak cuba:
1- lepas belok kiri kat trafic light pasar borong,
2-terus sampai jumpa round about, ambil pukul 3
3- jalan terus sampai nampak tangki air besar kat sebelah kiri (berhati-hati kerana kekadang kita tak perasan), terus belok kiri pada simpang pertamanya (naik bukit).
4- jalan terus sampai simpang tiga belok kanan (simpang tiga tu sebelah kanannya jalan 2 lane, sebelah kiri jalan 1 lane)
5- terus (akan lalu petronas, esso)sampai kat traffic light (sebelah kiri nampak apartment), belok kiri
6- jalan terus....sampai petronas sebelah kiri dan padang golf sebelah kanan, belok kiri
7- jalan terus akan lalu smk di kiri dan tak jauh dari situ akan sampai 7-11 kat kiri, belok kiri
8- pastu dah oklah kan....