Daerah Petaling Perdana mendapat peruntukan RM3+ juta dari peruntukan YB Menteri Pelajaran untuk kerja-kerja selenggaraan bangunan termasuklah salah satu daripadanya sekolah aku. Dengan pengupayaan sistem pentadbiran, sekarang sekolah sendiri menjalankan urusan pelantikan kontraktor. Sehubungan itu, PPD PP menjalankan langkah proaktif dengan memberi taklimat kepada Pengetua/Guru Besar tentang prosedur dan tips melaksanakan tugas ini. Taklimat diberikan oleh En. Azizan dan En.Ismail. Hmmm...sesuatu yang baru dan perlu dijalankan dengan penuh tanggungjawab dan telus selaras dengan usaha kerajaan membina intitusi yang berintegriti seperti yang digariskan dalam Pelan Integriti Nasional (PIN).
Cuma yang menjadi sesuatu yang dirisaukan ialah faktor masa yang telah dipenghujung tahun. Pembayaran perlu diselesaikan sebelum hujung bulan 12. Tiada lagi AKB katanya sebab setakat ini tiada surat siaran yang dikeluarkan mengenainya seperti tahun-tahun lalu. Ini bermakna hari Isnin ni kena keluarkan iklan, diikuti dengan sesi melawat tapak dan tutup permohonan. Mesyuarat pemilihan dan award kepada kontraktor terpilih. Lepas tu kena tunggu Surat Setuju Terima dari kontraktor, diikuti keluar LO dan kerja-kerja selenggaraan baru boleh dibuat. Bila siap dan memenuhi spesifikasi, barulah urusan pembayaran boleh dibuat. Naum ada tempoh 3 bilan untuk kita pastikan tiada sebarang kecacatan.
Bila dah habis taklimat, nampaknya ramai juga yang agak berkerut dahi...maklumlah perkara baru.
1 comment:
Tahniah. Yang tuan cerita dalam urutan tu betullah. Ini peluang ada hikmahnya sebab bukan senang nak dapat peruntukkan. kalau ditolak PPD dan JPS pun tak tahu macam mana nak bantu selesaikan masalah kerosakan di sekolah. Hujung-hujung tahun begini, duit sedia ada dah Kosong. Maka buatlah ikut prosedur,
Post a Comment