Sunday, October 12, 2008

Aku PTK

Aku menghadiri Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) di Hotel Dynasty sejak semalam hingga 18 okt. Antara yang aku kenal di sini ialah Nagaretnam, Appuni, Cheng (BTP) dan Salleh Mizan (classmate di UPM dulu). Ini kali pertama aku menduduki PTK. Antara tujuan PTK ialah untuk anjakan gaji dan kenaikan pangkat. Sebab itu sejak diperkenalkannya dalam SSM pada tahun 2003, aku tidak berpeluang mengikutinya kerana skel gaji aku dah langgar dinding dan siling di samping gred aku pun dah maksimum. Namun bila gred 38 diperkenalkan maka adalah ruang untuk bergerak. Jadi barulah aku berpeluang ke PTK.

No comments: