Thursday, October 30, 2008

Minggu Sibuk Buat Irfan

Berselera betul Irfan makan lauk udang masak lemak dan telur dadar yang orang rumah aku masak. Siap tambah nasi!

Mengaji

Belum pukul 10, dia dah masuk tidur

Sejak semalam Irfan dah mula menduduki peperiksaan akhir tahun (PAT) di kelas KAFAnya. Mulai Isnin depan ni lak PAT kat sekolah kebangsaan. Maka masa dia sekarang penuh dgn buat latihan. Tapi dalam pada tu ngaji dia tak lepas. Orang rumah aku dok ajar dia juga kat rumah walaupun kat sekolah ada ustazah yg ajar dia. Walau bagaimanapun aku seronok mendidik dia. Dia mendengar kata dan ceria. Lepas buat latihan pemahaman Bahasa Malaysia dia capai PSP. Bila aku tegur kata tak boleh main sebab nak exam, dia terus letak. Kemudian dia naik tidur.... zzzzz...

No comments: