Tuesday, March 1, 2011

Kisahnya...

Hari ini aku balik dari kerja seperti biasa.  Biasanya pada ketika itu Irfan akan berada di kelas agamanya di BK5.  Tapi hari ini dia tiada di situ malahan sekolah paginya juga dia tidak pergi.  Ibunya yang sepatutnya menghantar Irfan pulang semula ke rumahku pada hari Ahad tidak berbuat demikian.  Dia akhirnya berjanji akan menghantar hari Isnin dan Irfan akan sempat menghadiri kelas tuisyennya. 

Tapi bila aku sampai rumah aku dikhabarkan berita bahawa ibunya dengan tanpa memaklumkan kepada aku telah menukarkan sekolah Irfan dari SK Seksyen 2 Bandar Kinrara ke sekolah di Shah Alam.  Alangkah terkejut dan luluhnya hati aku dan isteri aku. Bila aku telefon emaknya dia mengatakan Irfan takut dan tak suka untuk kembali ke rumah aku. Aku kata kenapa tukar sekolah Irfan tak maklum kepada aku. DIa kata aku tak boleh runding.  Ye ke?  Dia tambah lagi yang Irfan bencikan aku dan isteri aku. Astagfirullah! Aku minta Irfan bercakap sendiri dengan aku.  Aku tanyakan betul ke Irfan takut dan tak sukakan aku dan isteri aku.  Dia menjawab "habis papa dengan mama marah Irfan pasal makan strawberi". Sebab itu aje????? Aku beritau emak dia, takkanlah menjadi satu kesalahan aku menegur anak aku dengan niat untuk mendidik.  Bila aku nak terangkan lebih lanjut, telefon diletakkan. Aku buat beberapa panggilan lagi dah tak berjawab.

Peristiwa strawberi tu dah berlalu pada 7 Februari yang lalu.  Ada 2 peket buah strawberi yang dah masak dan malam tu Irfan dah dipesan berulangkali agar kalau nak makan esok, makanlah peket yang di atas dulu.  Tapi rupa-rupanya dia makan kedua-dua peket.  Manalah sangka budak ni boleh makan sampai 2 peket dan emak bapaknya tak sempat menjamah walaupun sebiji.  Ingatkan dia akan makan 2 atau 3 biji tapi rupa2nya sampai 2 peket!  Jadi aku dan isteri akupun tegur dialah kenapa tak ikut pesanan. Sambil tu nasihatkan dia lain kali kalau nak ambil lebih, minta kebenaran terlebih dahulu.  Itu dua perkara aje yang aku tegur.

Baru minggu lepas emak Irfan ni beritahu aku yang dia nak ambilIrfan sebab aku dah nak berpindah ke Bandar Baru Salak Tinggi.  Aku beritahu dia siapalah pulak bawak cerita yang aku dah nak pindah ke sana.  Aku tangguhkan pindah ke sana semata-mata atas permintaan Irfan untuk menghabiskan persekolahannya sampai UPSR di SKS2BK.  Aku dan isteri dahpun menuruti permintan Irfan.  Aku tambah lagi, jangan bimbang...kalau aku nak pindah aku akan buat rennovation dulu rumah di BBST tu.  Kalau aku dah mula buat nanti akau akan maklum kepada dia.  Itukan dah berbincang namanya...

Akhirnya aku ke balai polis Puchong Perdana membuat laporan..... esok insyaAllah aku akan memulakan prosedur mahkamah.  Selama ini aku tidak melakukan ini memandangkan persefahaman sudah ada dan Irfan sudah stabil menimba ilmu dunia dan akhirat. Bukankah ini kerja leceh dan membuang masa untuk memfailkan kes dan dibicara sedangkan sepatutnya jika anak itu dididik dengan baik serta menghormati kedua ibubapanya tidak perlulah nak melalui prosedur yang memenatkan ini.....

Seksyen 84. Tempoh jagaan

(1) Hak hadhinah bagi menjaga seseorang kanak-kanak adalah tamat setelah kanak-kanak itu mencapai umur tujuh tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu perempuan, tetapi Mahkamah boleh, atas permohonan hadhinah, membenarkan dia menjaga kanak-kanak itu sehingga kanak-kanak itu mencapai umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sebelas tahun, jika kanak-kanak itu perempuan.

(2) Setelah tamatnya hak hadhinah, jagaan adalah turun kepada bapa, dan jika kanak-kanak itu telah mencapai umur kecerdikan (mumaiyiz), maka kanak-kanak itu adalah berhak memilih untuk tinggal dengan sama ada ibu atau bapanya, melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya.


Kisah Aku
Punca Krisis
Rentetan Krisis

2 comments:

fati said...

Min...aku simpati dgn ko
Maaf Min, ko dah pi minta pandangan dari org2 yg arif dlm masalah ni?
Aku cuma boleh beri pendapat berdasarkan pengalaman aku dulu, yg anak2 ni mmg sensitf sebenarnya (luar nampak happy). Aku dulu mmg x bercakap langsung dgn step father ( sampai dia mati, sbb dia yg sbbkan mak ayah bercerai) Bila ayah kawin lain dan ada anak, aku jadi lebih sedih, sbb aku rasa kasih ayah dan berubah ( aku rasa itu yg Irfan rasa) Ko beri dia masa, kau panggil suma anak2 ko, n emaknya, tanya depa nak duduk dgn sapa, kalau dia pilih ko, ko procede dgn mahkamh tuntut hak penjagaan, tapi kalau depa nak dok dgn mak depa.... ko kena reda, kalau ko paksa depa dok dgn ko, anything happen depa akan blame ko... tapi kalu depa dok dgn mak depa, ko tanya kabo selalu n nafkah... itu penting. nnt bila depa dah berakal sikit depa akan persan pengorbanan ko, mcm aku skrg ni dgn ayah aku...dulu aku merajuk manjang dgn ayah aku...

Sukimin said...

Terima kasih Fati. InsyaAllah aku ambil iktibar dari kisah hidup kau.