Wednesday, March 2, 2011

Irfan....papa, mama dan Nasr rindu nah

Sejak semalam semua hubungan kami dengan Irfan diputuskan.  Telefon tak berjawab, SMS pun tak berjawab dan lebih kejam lagi hubungan FB juga dah diputuskan.  Semua mereka yang ada kaitan dengan aku seperti isteri, Nasr, adik-beradik aku dan aku sendiri telah diunfriendkan dari Irfan.  Oleh siapa aku tak pasti. 

Kepada mereka yang hanya mendengar cerita dari sebelah sana, lihatlah sendiri, nilailah sendiri.  Sewaktu Irfan dengan aku,sekiranya mereka yang di sana nak telefon ke, nak berFB ke, nak berchatting ke.. semuanya aku tak halang.  Aku berpegang kepada prinsip bahawa anak tak boleh dipisahkan dengan ibu dan bapanya.  Kalau ibu dan bapa sudah tidak sehaluan, mereka boleh berpisah.  Hubungan suami-isteri boleh dihentikan - bercerai.  Namun tidak begitu bagi hubungan antara anak dengan ibu, hubungan antara anak dengan bapanya.  Seburuk mana sekalipun ibu atau bapa, semiskin mana sekalipun ibu dan bapa, sehodoh mana sekalipun kedua ibu dan bapa, sehina mana sekalipun mereka, mereka tetap ibu dan bapa. Tidak ada satu kuasapun mampu mengubah hubungan itu kecuali Allah swt.

Percayalah bahawa ajal maut, jodoh pertemuan adalah di tanganNya.percayalah kepada Qada dan Qadar Allah.  Kepada Allah jua aku berserah..

Kisah Aku
Punca Krisis
Rentetan Krisis

2 comments:

kembara kelana said...

semoga kau kembalikan semula masalah kau kepada yang Maha menyelesaikan masalah min...Dia maha mengetahui...kau akan lebih tenang nanti

HBM Consultant said...

Assalamualaikum, Cikgu.

Terusik juga hati selepas membaca semuanya. Memang anak-anak mangsa perpisahan ibu bapa itu sangat sensitif sehingga mereka gagal menilai mana yang baik dan mana yang tidak baik untuk diri sendiri. Saya memiliki seorang adik berstatus ibu tunggal. MEmang anak-anak tidak suka dimarah (itu 'kerja' adik saya) tetapi sangat suka dimanja (itu 'kerja' bekas suaminya). Masalahnya, mereka dimanja dengan perkara yang tidak baik. Tidak dimarah apabila tidak solat, dan boleh buat apa sahaja ikut suka.

Situasi begini yang terjadi kepada Irfan? Maka menjadi tanggung jawab cikgu membetulkan keadaan. Bukan niat kita mahu memisahkan kasih sayang anak dengan ibu atau bapa, tetapi niatlah demi menyelamatkan aqidah dan masa hadapan anak itu sendiri. Dia sahaja Yang Maha Mengetahui, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dia juga yang akan memudahkan segala urusan. Insya-Allah, kami doakan yang terbaik - untuk Irfan!