Tahun 2008 juga merupakan tahun bersejarah aku apabila Irfan mula tinggal dengan aku Mulai bulan Mei. Dia bersekolah di sekolah aku iaitu SK Seksyen 2 Bandar Kinrara. Kawan baik dia ialah Irzan Hakimi yang juga merupakan anak kepada PK 1 sekolah itu.
Pada 08.08.08 aku bernikah untuk kali kedua dan kali ini dengan Yani. Alhamdulillah Yani cepat dapat menyesuaikan diri untuk membantu aku mendidik Irfan. Aku sangat terhutang budi kepadanya dan ramai yang menyangka Irfan adalah anak kami berdua. Bukan sahaja dalam mendidik Irfan seperti mengajarnya mengaji malah dia juga menjadi tempat Irfan bermanja. Di samping itu Yani banyak membantu aku menyelesaikan masalah kewangan aku. Masalah bebanan hutang pembelian harta yang begitu banyak sewaktu bercerai dulu beransur-ansur dapat diatasi.
Penghujung tahun 2009, Irfan dan kakak-kakaknya kehilangan bapa tiri apabila rumahtangga ibunya tidak dapat diselamatkan. Kalau tak silap waktu itu aku, Irfan dan isteri aku sedang bercuti di MU.
Pada 23 Mei 2010 kami dikurniakan cahayamata lelaki dan dinamakan Nasr Syamir Mikhail. Irfan begitu seronok apabila mendapat adik lelaki dan merasa tidak sabar untuk Nasr membesar. Kenapa? Untuk kawankan dia bermain bola. Irfan dan Nasr benar-benar membesar seperti adik-beradik. Aku dan isteri berasa amat bertuah mempunyai Irfan yang begitu baik dan taat. Nasr begitu merindui Irfan setiap kali Irfan pulang berhujung minggu di Shah Alam bersama ibunya.
Januari 2011 Irfan mendapat bapa tiri lagi. Kali ini bapa tirinya adalah orang Singapura yang juga merupakan rakan sekolah ibunya sewaktu di Singapura dahulu. Kisah rancangan mereka berdua untuk berkahwin kerap diceritakan oleh Irfan sekita rawal tahun 2010. Yang lucunya setiap kali bercerita Irfan membahasakan bakal bapa tirinya itu sebagai 'Imam Muda'. Apa yang Irfan seronok dengan perkahwinan ini ialah dia mendapat 3 orang lagi adik-beradik iaitu dua orang kakak dan seorang adik lelaki. Adik tirinya yang berusia setahun lebih mudah dan berbadan hampir 3 kali saiz Irfan. Irfan memang anak yang baik kerana dalam hatinya sentiasa menerima sesiapa saja untuk menjadi saudara atau kawan. Dia dapat menerima anak-anak bapa tirinya baik yang lelaki mahupun yang perempuan. Semoga keluhuran hatinya itu tidak dicemari ....
Kisah AkuPunca Krisis
Rentetan Krisis
1 comment:
Aku tumpang bahagia dgn kebahagiaan dan ketulusan Irfan kerana aku pun membesar dlm keadaan ibu bapa berpisah ( tapi keadaan aku berbeza dgn Irfan waktu itu...)
Post a Comment