Wednesday, March 9, 2011

Sudah jadi orang terpelajar anak aku

Dari bayi kita jaga.  Susah senang menyara, membela, mendidik mungkin dia tak tahu.  Hanya Allah yang maha mengetahui segalanya.  

Semasa anak kita kecil, macam-macam yang kita ajar.  Pelbagai cara, kaedah, helah yang digunakan agar mereka berjaya.  Sewaktu mengajar menunggang basikal, kekadang terpaksa berpura2 mengatakan si anak sudah pandai mengimbangkan badan.  Walhal si bapa memegang di bahagian belakang basikal. Bukannya apa, untuk beri keyakinan padanya agar semangat belajarna terus menyala.  Lama-lama, dah tak perlu pegang kerana si anak dah mula pandai.  Bila dah besar ajar pulak bawak kereta.  Tak cukup ajar biaya lagi kelas memandunya.  Bila dah lulus bayarkan lesennya pulak.  Alhamdulillah, syukur kerana Allah mengabulkan doa.

Namun bila si anak semakin meningkat dewasa, sudah belajar di universiti, sudahpun bergaya bawak kereta, sudahpun pandai berFB, sudahpun pandai berblog pendeknya dah pandai berbagai-bagai.  Belajar di universitipun bapa yang bayarkan tapi hebatnya anak ini boleh memperlekehkan usaha yang serupa dilakukan oleh si bapa ke atas adiknya.  Bukan setakat memperlekeh, malah mengaibkan.  Inilah agaknya yang disebut-sebut oleh si ibunya bahawa dia telah berjaya mendidik anak tersebut dengan cemerlangnya.

Bangganya anak ini.....mempersendakan bapanya.  Sukanya si ibu kerana anaknya menurut kata... kerana lebih kurang begini pesan si ibu kepada si anak "anak kena 3 kali patuh kepada ibunya berbanding patuh kepada si bapa".  Betul ke pesanan ini? Janganlah sampai disuruh melakukan sesuatu yang dilarang Allah pun kita nak ikut....

Kisah Aku
Punca Krisis
Rentetan Krisis


Kisah Aku
Punca Krisis
Rentetan Krisis

Ya Allah, gantikanlah kepedihan ini dengan kesenangan, jadikan kesedihan itu awal kebahagian, dan sirnakan rasa takut ini menjadi rasa tenteram. Ya Allah, dinginkan panasnya kalbu dengan salju keyakinan, dan padamkan bara jiwa dengan air keimanan.

Wahai Rabb, anugerahkan pada mata yang tak dapat terpejam ini rasa kantuk dariMu yang mententeramkan, tuangkan dalam jiwa yang bergolak ini kedamaian, dan ganjarlah dengan kemenangan yang nyata.

Wahai Rabb, tunjukanlah pandangan yang kebingungan ini kepada cahayaMu, bimbinglah sesatnya perjalanan ini ke arah jalanMu, merapat ke hidayahMu!

Ya Allah, sirnakan keraguan terhadap fajar yang pasti datang dan memancar terang, dan hancurkan perasaan yang jahat dengan secercah sinar kebenaran. Hempaskan semua tipu daya setan dengan bantuan bala tenteraMu!

Ya Allah, sirnakan dari kami rasa sedih dan duka, dan usirlah kegundahan dari jiwa kami semua!  Kami berlindung kepadaMu dari setiap rasa takut yang mendera, hanya kepadaMu kami bersandar dan bertawakal, hanya kepadaMu kami memohon, dan hanya dariMulah semua pertolongan.

Cukuplah Engkau sebagai Pelindung kami, karena Engkaulah sebaik-baik Pelindung dan Penolong.

Kisah Aku
Punca Krisis
Rentetan Krisis

2 comments:

HBM Consultant said...

Semoga Allah melembutkan hati anak-anak itu agar kasih sayang terhadap kedua ibu bapanya tetap datang daripada hati yang tulus. Semoga anak-anak itu sentiasa dilindungi Allah daripada kejahatan diri mereka sendiri dan ekjahatan orang lain terhadap mereka. Ameen..

Khair Hazm said...

Sabarlah En Sukimin..rasa nak mengalir air mata baca catatan-catatan En Sukimin malam ni...