Monday, June 30, 2008

Sumber Tenaga Baru

Para saintis masih bertungkus lumus mencari sumber tenaga baru bagi menggantikan emas hitam. Andainya ia ditemui dan kosnya jauh lebih murah daripada minyak, sudah pasti akan berlaku satu revolusi. Kalau kita masih ingat bagaimana pada suatu masa dahulu, getah pernah menjadi satu bahan yang amat berharga. Sebutkan sahaja benda-benda yang menggunakan getah. Pada masa itu, pekebun getah memang kaya-raya. Aku masih ingat satu cerita dalam buku teks di sekolah rendah. Kisah ni berlaku di Brazil. Brazil beriklim khatulistiwa serupa macam Malaysia. Bezanya cuma orang Malaysia tak berapa handal macam orang Brazil main bola (oppsss...lari tajuk lak). Pekebun getah di sana memang banyak duit. Sampai tak tahu nak buat apa dengan duit tu. Jadi adalah satu mamat ni dia beli kereta. Kereta masa zaman tu memanglah mahal. Maklumlah teknologi baru. Apa yang mamat ni buat setiap pagi ialah menghidupkan enjin kereta dia. Nak jalan tak boleh pasal tak ada jalanraya! Begitulah kayanya penoreh getah. Masa dulu-dulu selalu aku dengar yang Amerika mempunyai tangki simpanan getah. Dia beli, dia simpan. Beli, simpan. Duit banyak so dia orang berjaga-jaga agar bekalan getah agar tidak terputus kerana mereka bukannya pengeluar. Bila stok simpanan mereka banyak, mereka boleh mengawal harga pasaran dunia.
Kemudian datanglah 'malapetaka' kepada negara pengeluar getah apabila teknologi menghasilkan getah tiruan dijumpai. Harga getah jatuh merudum dan penoreh getah sudah tidak semewah dulu.
Hmmmm...berdasarkan kes seumpama ini, mungkinkah akan ada petrol tiruan? Belanja kerja-kerja di sektor huluan bukannya murah (cari gali minyak). Jadi andainya ada petrol tiruan, tak payah lagi membelanjakan kewangan di sektor huluan lagi.
Di samping itu antara sumber-sumber tenaga lain yang ada ialah Radiant Energy, Permanent Magnets, Super-Efficient Electrolysis dan Cold Fusion. Baru-baru ni di California dia orang ada lancarkan sumber tenaga dari hidrogen. Ada stesen pam hidrogen dan kereta berkuasakan hidrogen. Ia jauh lebih murah!
Solar macam mana? Angin (teringat kincir angin kat Belanda)?

No comments: