Semalam aku pergi ke Bandar Baru Bangi, Menara di Warta untuk menggantikan bingkai cermin mata Syamira yang patah. Tapi kat kedai tu bingkai yang sama model dah habis. Staf tu kemudian telefon cawangan Menara di Seksyen 8 - nasib baik ada. Jadi tak payahlah potong cermin dia untuk masuk ke bingkai baru. Bila Syam dah dapat yang baru, Irfan mulalah mintak bingkai dia yang lama tu. Apa lagi bergaya sakanlah dia dengan bingkai cermin mata tu - tak ada cerminnya pun!!!! Syam kata orang lain pakai cermin mata tapi Irfan pakai mata aje sebab cerminnya tak ada. Gambar kat bawah ni adalah semasa kita orang tengah minum kopi di Giant Kinrara sambil makan pop corn dan keropok lekor sementara menanti hujan lebat berhenti. Syam kata hujan lebat tu turun sebab sebelum tu Irfan menyanyi sewaktu mendengarkan MP3!
No comments:
Post a Comment