Mulai hari ini 5 Jun 2008 (Khamis), harga minyak naik sebanyak 78 sen ke RM2.70 seliter. Mengikut kiraan mudah aku, sebulan kenaikan kos minyak kereta aku ialah RM400. Ini memandangkan secara puratanya aku isi minyak seminggu 2 kali dan setiap kali aku isi ialah RM112. So secara kasarnya kos minyak aku dulu ialah RM112 x 9 = RM1008 dan dengan kenaikan 40% harga minyak ia akan menjadi RM1400! Walaupun dengan cc kereta aku tu aku akan dapat balik RM650 setahun (aku ulang RM650 setahun) tapi yang aku kena bayar ialah RM4800 (aku ulang RM4800). Bezanya ialah RM4150!!!!!! Katalah aku ubah gaya hidup dan dengan semangat yang begitu hebat aku dapat kurangkan sehingga 50% (hebat tu kalau dapat kurangkan sampai 50%), maknanya aku masih lagi membayar lebihan sebanyak RM2400 setahun. Hmmmm.... pun masih jauh tinggi berbanding dengan RM650 yang kerajaan pulangkan. Sebenarnya dengan kadar rebat RM650 setahun yang diberi, hanya mereka yang menggunakan minyak kurang dari RM128.20 sebulan sahaja yang berbaloi. Oleh itu pastikan penggunaan petrol anda dalam sebulan adalah kurang daripada RM128.20!!
Semalam malam aku cubalah nak isi minyak tangki penuh. Masa tu tangki minyak aku separuh penuh, akupun congak-congak boleh untung dalam RM22 kalau aku dapat isi sebelum tengah malam. Akupun start kereta .... pergi ke Petronas dekat dengan rumah aku.... alamak! Sampai kat traffic light lagi dah jammed panjang. Masa tu rupa-rupanya merata-rata tempat memang jam akibat berduyun-duyun rakyat Malaysia keluar nak mengisi penuh tangki kenderaan masing-masing. Lepas tu otak aku berfikir lagi kot-kot kalau aku pergi jauh sikit ke tempat yang agak remote mungkin panjang deretan kereta akan kurang sikit. Akupun menghala ke Puncak Jalil... nampaklah Petronas kat sebelah kanan sebelah sana jalan. Dari jauh aku nampak eh memang langkah kanan aku sebab tak berapa banyak kereta. Bila semakin dekat rupa-rupanya deretan kereta yang beratur dalam 2 baris panjangnya adalah kira-kira 1 km! Kalau nak pergi ke tempat yang lebih jauh, silap-silap minyak yang ada kat dalam tangkipun semakin kurang...dapat isinya masih tak tentu.So cancellah niat aku tu...
No comments:
Post a Comment