Sunday, June 22, 2008

Euro2008: Tewas akhirnya si Oren

Pasukan paling favourie (dlm Euro2008 ni aku minat 3 pasukan iaitu Holland, Itali dan France) aku, Holland akhirnya tewas juga di tangan Russia 1-3. Tewas dalam extra time setelah seri 1-1 pada separuh masa kedua. Hahaha ramalan aku pasukan yang lawan kat final langsung meleset. Dua-dua team dah pun bungkus - Holland dan Portugal. Setakat ni apa yang Raj ramal asyik betul je..... Semalam dia kata Turki, Russia dan Spain akan menang. Setakat ni dah 2 yang dia teka betul. So sekarang tinggal Itali ajelah sekarang ni yang aku minat. Hmmmm...mungkin juga boleh mula sokong Turki....hehehe. Tapi dia akan lawan German (pasukan yang aku tak pernah suka) dengan 7 pemain utama (kalau tak silap) yang tak boleh diturunkan. Boleh ker?

No comments: