Saturday, June 21, 2008

Membosankan Tapi Akhirnya Mendebarkan!

Aku baru je habis tengok match Croatia lawan Turki. Terbangun dalam pukul 4 lebih dan terus tengok dalam keadaan mengantuk. Masa aku tengok game dah masuk ke masa tambahan dan kedudukan 0-0. Membosankan kerana Turki bermain secara defensive kerana kalau ikut atas kertas memang Croat boleh menang mudah. Akhirnya dalam minit ke 119, keadaan yang mendebarkan bermula apabila Craotia berjaya menjaringkan gol! Masa tinggal 1 minit dan lepas tu ditambah dua minit masa kecederaan. Jurulatih Croatia dan peminat-peminat Croatia yang berbaju biru sudah begitu gembira membayangkan mereka akan ke separuh akhir. Di pihak yang satu lagi, kelihatan penonton berjersi merah dalam keadaan muram mengenangkan nasib bakal tersingkir dalam masa 2 minit terakhir. Namun pemain berjersi merah terus bermain. Rasanya memang tak ada yang beri harapan yang Turki boleh menyamakan kedudukan. Entah macam mana pada saat-saat terakhir tiba-tiba Semih berjaya menjaringkan gol. Aku tabik semangat pemain Turki ni. Dalam perlawanan kumpulan, tiga kali dia orang ketinggalan tapi boleh memenangi game dua daripadanya iaitu masa lawan Switzerland dan Republic Czech.
Bila dah terikat seri 1-1, masuklah ke penentuan dengan tendangan penalti. Masa tu aku menjadi semakin berdebar sebab tetiba teingat game final Champions League 22 Mei yang lalu (masa tu aku tengok kat Bandung) antara MU dengan Chelsea. Aku teringat sebab kebetulan warna jersinya sama iaitu merah dengan biru. MU merah, Chelsea biru masa tu. Maa ni lak Croatia biru dan Turki merah. Teruslah teringat Raj dan Kashfi sebab budak berdua ni lah yang tengok game MU-Chelsea masa kat Bandung. Aku hantar SMS, Raj cepat je balas. Tapi si Kashfi ni agaknya tepon dia rosak lagi sebab tu tak balas (jangan marah Fi!).
Saat mendebarkan berterusan bila tendangan penalti pertama tak masuk oleh pemain Croatia - tersasar sedikit di sebelah kiri pintu gol. Jarang dalam game peringkat tinggi tendangan penalti yang pertama tak masuk. Pastu pemain Turki lak tendang - masuk. Croat tendang masuk, Turkish tendang masuk, Croat tendang tersasar lagi si sebelah kanan. Pelik juga sebenarnya. Sambung balik Turkish tendang masuk. So dah 1-3, dan tinggal 2 sepakan lagi bagi setiap pasukan. Croat tendang, tak masuk! Penjaga gol gantian Turki berjaya menepis bola yang disepak di sebelah kiri pintu gol. The game is over! Ini merupakan kali ketiga Turki memenangi perlawanan setelah ketinggalan. Pastu aku nampak coach Croatia memeluk coach Turki - memang tinggi dia punya semangat kesukanan.
So akhirnya Turki berjaya menempatkan dirinya menjadi 4 pasukan terbaik Eropah. Dia akan lawan German dalam perlawanan separuh akhir nanti. Boleh ke dia menjadi macam Greece masa Euro2004? Tak mungkin aku rasa. German ni pasukan lambat panas, macam juga Itali. Saat ni dua-dua pasukan tu dah mula panas dan kalau ikut Raj, Jerman dan Itali akan masuk final. Wait and see....
Esok Belanda lawan Russia! Kena tengok full game.....

2 comments:

Celebrater5 said...

Tunggu aje lah Min.. Nanti 29hb Jun. Mlm tadi pun i sms kata merah menang kan!!??... Malam ini Dutch menang walaupun tok Guru lama Dutch Hiddnik di sebelah Russia..Bye

Sukimin said...

Aikkkk! Kan ke kau predict Dutch out malam ni. Sudah tukar ke?