Thursday, April 24, 2008
Tak lama lagi Hari Guru (16 Mei)
Aku tengah tengok game Manchester United dengan Barcelona lawan di Nou Camp (masih seri 0-0) tetiba teringat lak akan Hari Guru yang akan menjelma tak lama lagi. Hari Guru Antarabangsa ditetapkan oleh UNESCO pada 5 Oktober setiap tahun. Tetapi di Malaysia ia disambut pada setiap 16 Mei sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh 16 Mei dipilih kerana pada bulan tersebut dalam tahun 1956, Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu telah menerima Penyata Razak daripada Jawatan Kuasa Pelajaran.
Guru Malaysia
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment