Wednesday, April 16, 2008
Maklumat Menarik Mengenai Iklim di Malaysia
Petikan dari http://www.met.gov.my/malay/pendidikan/iklim/infoiklim.html
MAKLUMAT IKLIM
Suhu
Suhu tertinggi pernah direkodkan: 40.1°C (Direkodkan di Chuping, Perlis pada 9 April 1998)
Suhu terendah pernah direkodkan: 7.8°C (1 Februari 1978, direkodkan di Cameron Highlands pada paras tinggi 1471.6m dari Purata Paras Laut)
Perubahan suhu terendah dalam satu hari : 1.1°C (Direkodkan di Cameron Highlands, Pahang pada 16 November 1998)
Perubahan suhu tertinggi dalam satu hari: 15.7°C (Direkodkan di Kuala Krai, Kelantan pada 20 April 1998)
Hujan
Hujan tertinggi dalam sejam: 159.4 mm (Direkodkan di Sandakan , Sabah pada 27 Oktober 2006)
Hujan tertinggi dalam sehari: 608 mm (Direkodkan di Kota Bharu, Kelantan pada 6 Januari 1967)
Hujan tahunan tertinggi: 5,687 mm (Direkodkan di Sandakan, Sabah pada 2006)
Hujan tahunan terendah: 1,151 mm (Direkodkan di Tawau, Sabah pada 1997)
Purata hujan tahunan tertinggi: 4,128 mm (Direkodkan di Kuching, Sarawak)
Purata hujan tahunan terendah: 1,746 mm (Direkodkan di Chuping, Perlis)
Bilangan hari hujan tertinggi: 247 hari (Direkodkan di Kuching, Sarawak)
Angin
Purata harian tertinggi kelajuan angin: 3.1 m/s (Direkodkan di Mersing, Johor)
Kelajuan angin maksima tertinggi: 41.7m/s (Direkodkan di Kuching, Sarawak pada 15 September1992)
Kilat
Purata tahunan tertinggi bilangan hari yang mengalami kilat: 315 hari (Direkodkan di KLIA, Sepang)
Bilangan hari tertinggi dalam setahun yang ada kilat: 362 hari (Direkodkan di Subang pada tahun 1987)
Ribut Petir
Purata tahunan tertinggi bilangan hari yang mengalami ribut petir: 212 hari (Direkodkan di Subang)
Bilangan hari tertinggi dalam setahun yang ada ribut petir: 269 hari (Direkodkan di Subang pada tahun 1969)
Analisis adalah berdasarkan rekod bagi 36 stesen kajicuaca utama bagi tempoh sehingga tahun 2006.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment