'Azmi ganti Fandi'

PEMAIN Johor DT menjalani latihan hari pertama di bawah bimbingan Azmi (kanan) di Stadium Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Bahru, malam tadi.
JDT lantik jurulatih Johor FC kendali Harimau Selatan buru misi Piala Malaysia

Johor Bahru: Akhirnya masa depan Fandi Ahmad sebagai ketua jurulatih Johor Darul Takzim (DT) terjawab, semalam selepas Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) bertindak menggantikannya dengan jurulatih Johor FC, Azmi Mohamad.

Fandi bagaimanapun masih dikekalkan sebagai pengurus Johor DT sepanjang saingan Piala Malaysia yang bermula pada 20 Ogos ini.